HASRAT seorang wanita untuk mencantikkan bilik tidur anak lelakinya bertukar 'lucu' apabila cat biru seolah-olah awan yang dibuat pada bahagian siling kelihatan seperti kesan vandalisme. Keadaan bilik itu turut dikongsi kepada netizen menerusi satu video di TikTok sehingga ia kini meraih hampir setengah juta tontonan. Menurut Cut Camelia Munir, 21, dia sendiri terkejut dengan 'sentuhan magis' oleh ibunya, Nurul Ima, 45, yang dilakukan di kediaman mereka di Subang Jaya, Selangor, pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Dari dalam rumah hingga ke pagar, dekorasi ibu 'meriah'... sanggup cat basikal lama buat hias laman - "Saya tolong angkat-angkat barang je" ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Interior Design jelmakan sentuhan magis di kamar tidur, ibu 'teringin' siap buat permintaan khas - “Ingat tak sempat sebelum raya” "Benda tak dirancang sebenarnya. Saya pun tak tahu mak pergi beli cat spray. Dia pergi senyap-senyap. Mak spray siling bilik adik saya pada hari Khamis. "Masa tu saya dalam bilik saya, tengah ikuti kelas online. Adik pula pergi ke sekolah. Lepas siap, mak panggil tengok corak baharu dalam bilik adik. Camelia (kiri) berkata, dia hanya dimaklumkan ibunya (kanan) mengenai hal itu selepas tamat kelas dalam talian pada Khamis "Dia nak buat corak awan, sky look katanya sebab cat lama tu macam tak lawa. Reaksi saya masa tu tak terkata. Saya pandang mak, mak pandang saya. Dah macam vandalisme saya tengok" ujarnya kepada mStar. Menurut penuntut bidang Undang-Undang Syariah di sebuah kolej di Nilai, Negeri Sembilan, itu, ibunya sememangnya gemar 'berkarya' dan membuat aktiviti D.I.Y (do it yourself) di rumah. Malah, keadaan bilik adiknya, Mohamad Denil yang kini berusia 16 tahun juga masih belum diubah semula. Ada juga yang cakap mak saya patut pendam je bakat terpendam yang dimiliki. CAMELIA "Final look tetap macam tu. Masih biarkan warna biru begitu. Adik terkejut juga masa balik sekolah, tapi budak lelaki dia tak kisah sangat. "Tapi mak kata akan ubah balik, sebab kalau buka pintu bilik adik, memang tetamu boleh nampak. Sebahagian ahli keluarga Camelia. "Ayah pun ada cakap yang mak ni sukar dijangka. Mak suka buat-buat benda D.I.Y. Kalau bab bertukang, menggergaji... dia memang pandai," ujarnya berseloroh. Kata Camelia, dia sekeluarga tidak sangka video berkenaan menjadi bualan ramai sehingga dihujani ribuan komen netizen. Paparan skrin video tular itu. Malah, mereka tidak ambil hati, sebaliknya terhibur dengan komen-komen yang ditinggalkan. "Mak tahu dia tengah viral. Kami anak-beranak baca komen sama-sama. Semua gelak. "Ada juga yang cakap mak saya patut pendam je bakat terpendam yang dimiliki. Dia pun macam setuju dengan komen tu," ujar Camelia lagi. Antara komen netizen. Tambah anak kedua daripada empat beradik itu, dia juga bersyukur apabila rata-rata komen bersifat jenaka dan tiada kecaman diterima mereka. "Saya kongsi video sebab tak nak terhibur sendirian. Alhamdulillah semua komen OK, tiada yang kecam," ujarnya mengakhiri bicara. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)