SETIAP manusia pasti pernah melakukan kesilapan dalam kehidupan. Tidak kiralah kesilapan itu besar atau kecil, ia pasti memberi kesan pada masa depan. Walaupun begitu, ia bukan alasan untuk kita tidak mengambil inisiatif mengubah diri menjadi insan yang lebih baik. Itulah yang dilakukan Muhammad Izzad Daniel Abdullah, 22, yang merupakan bekas pelajar Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. ARTIKEL BERKAITAN: Emam bukti Projek Reben Kuning bukan sekadar perancangan 'di atas kertas' ARTIKEL BERKAITAN: Keliru operasi agensi KDN sepanjang tempoh PKP, jom ambil tahu! Lebih mesra disapa Izzad, dia aktif berkongsi pengalamannya menjadi penghuni di sekolah tersebut di aplikasi Tiktok dan mendapat pujian netizen kerana tidak malu mendedahkan kisah silamnya. Anak kedua daripada empat beradik itu menjadi penghuni di Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun atas kesalahan jenayah pecah rumah yang dilakukannya ketika berusia 17 tahun.“Waktu kena tangkap dengan polis tu memang tak boleh terimalah. Rasa macam nak salahkan tuhan. “Ibu bapa pun sedih sebab malu dengan orang kampung. Walaupun selalu ditegur dan marah, mereka masih sayangkan saya sebagai anak dan mahukan yang terbaik untuk saya. “Lama-lama lepas saya dah duduk di sekolah tu barulah saya nampak apa yang tuhan nak tunjuk, ” katanya kepada mStar. Dia tidak malu untuk berkongsi kisah silamnya di media sosial. Apa yang membuatkannya berani untuk tampil dan berkongsi kisah silam adalah kerana mahu menyedarkan orang ramai bahawa bekas pesalah juvana sepertinya juga mampu berubah menjadi lebih baik. Selain dari itu, dia juga mahu anak muda mengambil pengajaran supaya menjauhi segala perbuatan jenayah dan jangan tersilap langkah sepertinya “Pada awal saya masuk dulu baru ada 700 penghuni. Tapi ada ketika bilangannya pernah mencecah hingga 2,000 penghuni. Sampai ada yang kena tidur di depan tandas dan tempat lalu lalang. "Netizen pun ramai yang ingin tahu bagaimana kehidupan saya sewaktu menjadi pelajar di sekolah itu. Jadi saya nak gunakan platform ini untuk kongsikan pengalaman dan dalam masa yang sama bagi kesedaran kepada mereka, ” ujarnya. Jika kegagalan yang kita cari, itulah yang kita akan jumpa pada masa hadapan. Tapi jika kejayaan yang kita cari, usaha yang kita perlu teruskan. MUHAMMAD IZZAD DANIEL ABDULLAH BEKAS PELAJAR SEKOLAH HENRY GURNEY Walaupun ramai yang melabelkan sekolah tersebut sebagai insititusi pendidikan khas untuk remaja nakal, namun ramai yang menjadi manusia berguna apabila dibebaskan. Contoh terbaik adalah Izzad kerana dia kini pelajar semester tiga Diploma Pengurusan Penerbangan di Kolej Antarabangsa Cybernatics, Taman Maluri, Kuala Lumpur. Pemuda ini juga turut menyertai Projek Reben Kuning bagi menyedarkan masyarakat mengenai perlunya memberi peluang kedua kepada bekas banduan dan bekas pelajar sekolah juvana. Kini Izzad berbakti semula kepada masyarakat melalui program Projek Reben Kuning. “Jika kegagalan yang kita cari, itulah yang kita akan jumpa pada masa hadapan. Tapi jika kejayaan yang kita cari, kita perlu terus berusaha. “Setiap manusia perlu berubah dan wajib diberikan peluang kedua untuk berubah supaya budak-budak yang nakal ni dapat mengubah diri menjadi lebih baik, ” katanya yang berasal dari Maran, Pahang. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) TONTON VIDEO PILIHAN!