KEBANYAKAN peniaga akan menggunakan pelbagai medium untuk memasarkan barangan jualan mereka, antaranya bersiaran secara langsung (live) di platform media sosial atau platform e-dagang. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsi kisah menyentuh hati di mana seorang peniaga produk wangian gigih bersiaran langsung di Shopee namun jumlah penonton yang dicatatkan sekitar tujuh orang sahaja. "Tengok live Shopee tadi. Ternampak live uncle ni. Views 7 orang je. So masuk je la sebab nak tengok dia jual apa. Masuk-masuk, live dah nak end. Stalk uncle ni rupa-rupanya jual pewangi kereta dan rumah. Uncle ni OKU, fasih sangat BM dia. Support la gais, mesti dia seronok kalau ramai beli," tulisnya di Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda OKU kerja lebih ketika PKP, tak menang tangan terima tempahan – “Kalau ada yang cancel beli, kami faham...” ARTIKEL BERKAITAN: Resah tak dapat niaga masa PKP, abah buat 3 kerja sekaligus... apa yang anaknya lakukan memang padu! - “Dia pelik ramai order” Ciapan tersebut meraih sehingga hampir 40,000 retweet dan apa yang paling mengejutkan, ramai warga maya begitu prihatin dan menyokong penjual tersebut dengan membeli wangiannya. Siapa sangka, dengan hanya satu ciapan, penjual berkenaan menerima sehingga beratus-ratus tempahan sehingga membuatkannya tidak menang tangan! Ciapan yang dimuat naik oleh seorang pelayar menjadi tular sehingga ramai netizen memberi sokongan dengan membeli pewangi yang dijual Chia Keat. Berkongsi cerita dengan mStar, penjual bernama Foo Chia Keat berkata dia sendiri tidak menyangka perkongsian mengenainya yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter menjadi tular sehingga ramai yang menghubunginya untuk membeli produk wangian. "Saya hanya tahu malam tadi (Sabtu malam) sebab ada pelanggan beritahu posting itu viral di Twitter. Saya memang terkejut sebab terima beratus-ratus pesanan dalam tempoh 24 jam. "Sebelum-sebelum ini apabila saya buat live, viewers tak ramai pun. Macam hari itu hanya tujuh atau lapan orang sahaja yang masuk. Semua pesan melalui Shopee. Chia Keat menghantar pewangi yang dibeli pelanggannya. "Berbeza sangat... sebelum ini hanya beberapa botol sahaja terjual, tapi kini beratus-ratus. Saya memang seronok. Saya anggap ini adalah rezeki. Orang kata, rezeki takkan salah alamat," katanya yang berusia 31 tahun. Masih bujang dan menetap di Cheras bersama keluarganya, Chia Keat berkata dia baharu dua tahun menjual produk wangian berkenaan. Meskipun berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU), kekurangan diri bukan penghalang untuknya menggunakan kudrat yang ada untuk mencari rezeki. Berbeza sangat... sebelum ini hanya beberapa botol sahaja terjual, tapi kini beratus-ratus. Saya memang seronok. Saya anggap ini adalah rezeki. FOO CHIA KEAT PENJUAL PRODUK WANGIAN Apa yang lebih mengkagumkan, pemuda ini fasih berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan gemar menggunakannya ketika bersiaran langung. "Selagi ada kudrat, saya suka berusaha dan takkan putus asa. Tahun lalu saya beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana masalah semput. Tahun ini syukur kesihatan saya baik. "Sambutan yang diterima ketika ini membuatkan saya lebih bersemangat. Sekarang saya dibantu juga oleh seorang kawan lebih-lebih lagi ketika menerima banyak pesanan ketika ini. Antara netizen yang memberi sokongan kepada Chia Keat dan mengkagumi usaha gigihnya mencari rezeki. "Apa yang boleh saya katakan, jangan pernah berputus asa. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ingatlah rezeki itu takkan pernah salah alamat. "Terima kasih kepada semua yang sokong saya dan juga kawan saya tolong saya selama ini. Terima kasih juga guru saya yang selama ini didik saya seorang yang berguna tanpa guru tak adalah saya yang sekarang," katanya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!