suria

Baik hanya kali pertama jumpa, siap peluk cium... selepas kahwin ‘firasat’ menantu tentang sikap ibu mentua rupa-rupanya benar

Wanita ini meluahkan rasa sedih kerana menerima layanan buruk daripada ibu mentuanya sejak 10 tahun lalu. Gambar hiasan

BERTUAHNYA seorang wanita jika mempunyai ibu mentua yang penyayang dan menganggap menantu seperti anak sendiri.

Namun, jika ditelusuri di media sosial, kebanyakan kisah yang dikongsikan oleh para pelayar adalah perkara sebaliknya.

Rata-rata meluah rasa dan makan hati dengan sikap ibu mentua, lebih-lebih lagi sekiranya tinggal di bawah bumbung yang sama sebagaimana yang dikongsikan oleh wanita ini menerusi laman IIUM Confession.

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu lelaki pembersih rimas dengan mak mentua rajin, apa yang berlaku sebenarnya? - “Ibu saya sedang tengok TV, dia buka saluran lain”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiap minggu kacau kami” - Menantu makan hati, ibu mentua asyik ajak beli barang di pasar raya... nak balik kampung pun tak bagi

Menurut wanita tersebut, sebelum berkahwin, suaminya sudah memaklumkan bahawa mereka akan tinggal serumah bersama ibunya apabila sudah berumah tangga kelak memandangkan keadaan kesihatan serta usia ibunya yang sudah lanjut.

"Aku setuju saja walaupun jauh di sudut hati teringin sangat nak duduk asing. Tak perlu yang jauh, rumah sebelah pun aku bersyukur asalkan bukan duduk sebumbung.

"Awalnya aku macam berbelah bagi juga mampu ke aku nak duduk dengan mentua? Sebab biasa dengar 'yang jauh itu bunga, yang dekat itu tahi'.

"Kenapa aku setuju? Aku setuju bila tengok cara layanan maknya terhadap aku masa hari merisik dan bertunang. Itulah kali pertama aku jumpa dengan family suami aku.



Wanita tersebut kecil hati kerana ibu mentuanya enggan menjamah masakan yang disediakannya. Gambar hiasan

"Dipeluknya aku, diciumnya aku. Settle majlis bertunang, ramai yang kata beruntungnya aku dapat mentua macam tu, baru jumpa tapi layan macam anak sendiri," ceritanya.

Namun siapa sangka, layanan baik yang ditunjukkan oleh ibu mentuanya berubah sekelip mata apabila wanita tersebut sudah sah menjadi menantu.

Memandangkan dirinya tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa, kebanyakan masa dihabiskan berdua bersama ibu mentua selepas suami keluar bekerja.

"Aku cubalah buat apa yang sepatutnya menantu buat. Aku cuba tolong mak mentua aku buat kerja, dia tak bagi, dia suruh aku rehat atau buat kerja yang lain.

"Pagi tu aku buat breakfast, mak mentua aku tak makan pun. Nak masuk pukul 11 pagi, aku pun tanyalah 'mak nak makan apa, saya masakkan'. Tapi jawapannya, masak apa-apa sahaja untuk aku dan suamiku sahaja. Untuk dia tak perlu, nanti dia masak sendiri. Sedih sikit aku rasa.



Wanita berkenaan hanya memendam rasa sedihnya bersendirian. Gambar hiasan

"Suami kata mungkin maknya segan. Aku cuba buat yang terbaik. Cuba rapat dengan mak mentua, cuba ambil hati dia. Tapi makin lama aku rasa macam aku saja yang beriya," ujarnya sambil menambah, keadaan tersebut berterusan dari hari pertama dia menjejakkan kaki ke rumah ibu mentua sehingga saat dia menulis coretan berkenaan.

Menurut wanita itu lagi, sikap yang ditunjukkan oleh ibu mentuanya membuatkan hatinya terdetik berkemungkinan kehadirannya tidak dialu-alukan di dalam keluarga tersebut.

"Tahun ni bukan aku, suami, anak-anak kami dan mak sahaja yang ada di rumah ini. Adik-beradiknya yang lain ada balik dan duduk sini. Maklumlah Covid-19, ramai yang terkesan, ada yang kena buang kerja, ada yang resign. Jadi baliklah duduk sini.

"Makin lama adik beradiknya ada dekat sini, aku perasan mak mentua makin lama makin lain layanannya pada aku. Ada juga masa tengah kemas barang di dapur, bila nampak aku saja terus dia baling atau campak campak saja barang yang dia tengah kemas tu.

Makin lama adik beradiknya ada dekat sini, aku perasan mak mentua makin lama makin lain layanannya pada aku.

MENANTU

"Sampai ke hari ni, mak aku tak makan nasi yang aku masak, tak minum air yang aku buat untuk sahur dan berbuka, tak makan lauk yang aku dah masak.

"Kadang-kadang aku cemburu dengan menantu yang lain. Bila menantu yang lain balik sini, tanya saja mak nak makan apa, laju sahaja mak menjawab sedangkan bertahun aku duduk dengan mak, hari-hari tanya soalan yang sama tapi tak pernah dapat jawapan macam tu," ujarnya yang juga ibu kepada dua cahaya mata.

Menurut wanita tersebut lagi, apa yang dialami sepanjang tempoh 10 tahun perkahwinannya itu hanya ditanggung sendiri dan dia tidak pernah bercerita kepada sesiapa pun termasuk rakan rapat, keluarga mahupun suami sendiri.



Wanita berkenaan sudah mula berasa tawar hati dengan ibu mentuanya namun berdoa agar diberikan kesabaran untuk menhadapi situasi yang tidak pasti bila akan berekahir. Gambar hiasan

"Selagi saya masih isteri kepada anak mak, selagi tulah mak tetap mak mertua saya. Banyak lagi yang dipendam tentang mak. Maafkan saya sebab saya isteri pilihan anak mak. Bukan pilihan mak. Maafkan saya tak mampu nak jadi menantu yang baik untuk mak, yang mak harapkan.

"Untuk suami, tak nampakkah selama kita kahwin, aku struggle nak baik, nak rapat dengan mak? Tak nampak ke hari-hari aku cuba ambil hati mak sampai aku rasa penat nak cuba.

"Tolong jangan sampai satu masa, aku jadi tawar hati dengan semuanya. Mohon doakan aku agar diberikan kekuatan dan kesabaran untuk hadapi situasi ini yang aku tak pasti sampai bila," katanya lagi.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain