suria

Lukis ombak pun boleh hidup! Lepasan UiTM buktikan karyanya boleh ‘jadi duit’ selepas ada yang perlekeh jurusan yang diambil

Faisal turut memasang impian untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dan bergelar pensyarah suatu masa nanti.

SENTUHAN magis jejaka berusia 22 tahun ini yang dizahirkan menerusi karya di atas kanvas ternyata mencuri perhatian netizen.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik, Muhammad Faisal Idham Zahirudin, kelihatan sedang menghasilkan lukisan bertemakan pemandangan laut dan ombak.

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Faisal mengakui lambat menyedari bakat seni yang dimilikinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Karya atas kanvas raih perhatian ramai, rupa paras pelukis turut dipuji - “Sampai sekarang saya anggap diri beginner”

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Nak tengok lukisan atau pelukisnya dulu? - “Cantik itu subjektif”

"Tak tahu datang dari mana bakat melukis. Mak ayah saya buat bisnes, adik-beradik pun sama. Tapi saya sedar yang saya suka melukis ketika tingkatan tiga.

"Masa tu saya ikuti kelas seni. Saya lambat dapat tahu yang saya ada bakat dalam bidang ini. Tapi mujurlah cikgu tolong asah bakat seni saya," ujarnya.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, dia merupakan lepasan bidang Seni Lukis Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan kini menjadi pelukis sepenuh masa.

Faisal merupakan anak bongsu daripada lima beradik.

Ujarnya, dia sudah tiga tahun mencari pendapatan sampingan dengan bakatnya itu demi menampung perbelanjaan pengajian.

"Saya baru habis belajar tahun lepas. Sekarang saya buat (melukis) sepenuh masa. Di Instagram dah tiga tahun saya berniaga lukisan.

"Dulu saya tumpu kepada lukisan atas cermin, sekarang saya fokus atas kanvas. Dengan jualan lukisan, dapatlah tampung kos pengajian untuk beli bahan dan sebagainya.

Ibu bapa bagi green light untuk jadi pensyarah, tapi mereka juga tak halang untuk saya teruskan bisnes.

FAISAL

"Pelanggan saya selalunya yang tempah dari seluruh Malaysia. Pada penghujung tahun lepas, saya ada dapat pelanggan dari Singapura," ujarnya yang menetap di Semenyih, Selangor.

Selain berkongsi karya dan membuat perniagaan di Instagram sejak tiga tahun lalu, Faisal juga aktif berkongsi hasil karyanya menerusi Twitter dan TikTok.

"Sebelum ini saya pernah buat flash sale di Twitter. Ramai orang minta lukisan laut. Agak susah sebenarnya sebab kena pakai banyak warna.

"Stres sebab nak lukis air kena betul-betul teliti. Setiap satu aliran air kena guna warna yang betul. Ia juga ada banyak layer, kena tunggu kering satu persatu.

Antara lukisan yang dihasilkan Faisal.

"Kalau salah touch up, kena buat baharu. Ada yang saya dapat siapkan dalam sehari, ada juga yang makan masa sehingga dua ke tiga mingggu. Kebanyakan lukisan atas kanvas ni memang susah," ujarnya lagi.

Tambah Faisal, dia juga berterima kasih atas sokongan orang ramai menerusi media sosial miliknya.

Dia turut mengakui suatu masa lalu dia pernah berasa sedih apabila minatnya itu dipertikaikan oleh segelintir individu yang mengenali dirinya.

"Ada orang pernah persoal, boleh berjaya ke? Nanti dah besar nak jadi apa? Ada juga yang pertikai harga lukisan.

"Kenapa sanggup belanja besar untuk belajar bidang ini? Dulu awal-awal rasa sedih, tapi bila saya dengar kata-kata pensyarah, saya ambil semua itu sebagai cabaran.

Faisal berkongsi hasil karyanya menerusi Instagram, Twitter dan TikTok.

"Saya nak buktikan dengan pencapaian saya. Apa yang dilalui, saya ambil sebagai motivasi," katanya.

Dalam pada itu, Faisal turut memasang impian untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dan bergelar pensyarah suatu masa nanti.

Pada masa sama, dia juga bercadang membuka studio mahupun galeri sendiri yang mana hasrat itu mendapat sokongan penuh ibu bapanya.

"Memang cita-cita nak jadi pensyarah. Tapi ayah suruh saya kejar passion ini. Sebab saya pernah cakap nak buka studio atau galeri.

"Ibu bapa bagi green light untuk jadi pensyarah, tapi mereka juga tak halang untuk saya teruskan bisnes," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain