SIKIT-sikit lama-lama jadi bukit dan ternyata berkat kerja keras membuahkan hasil yang lumayan. Begitulah kisah Azzim Zahid Azmi, 24, pengasas baju melayu Bulan Bintang yang tular selepas memuat naik gambarnya membonceng motosikal dengan membawa seterika stim. Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, dia tidak menyangka perniagaan yang asalnya bermula dengan menjual tshirt secara kecil-kecilan sewaktu di bangku sekolah kini bertukar menjadi punca pendapatan utamanya. ARTIKEL BERKAITAN: Niat tak nak susahkan mak ayah buka hati si abang... graduan kolej terus bangkit selepas bisnes tak laku, siap bilik jadi studio kasut – “Tingkap penuh tracking number...” ARTIKEL BERKAITAN: Anak arwah Aziz Desa buka bisnes donat... walau laku keras masih nak guna cara lama, tak mahu bantuan mesin! “Waktu tu tahun 2019, saya dengan kawan-kawan nak pergi berniaga di Uptown Danau Kota. Bila saya ambik gambar tu saya dah cakap dalam hati "gambar ni aku akan tengok balik bila aku dah berjaya suatu masa nanti". "Masa tu saya tengah final year degree. Kami semua dalam perjalanan nak jual baju. Kawan-kawan inilah yang dari dulu telah banyak membantu saya sehingga berjaya seperti sekarang."Saya jadikan gambar ini sebagai pembakar semangat untuk pergi lebih jauh dan juga peringatan macam mana masa saya mula-mula buat bisnes baju dulu," ujarnya kepada mStar. Meri berniaga secara atas talian dan juga di bazar malam. Mesra disapa Azzim tapi pemuda yang lebih dikenali sebagai Meri berkata, selepas hasil rekaan t-shirtnya mendapat perhatian rakan di sekolah lain, dia memutuskan untuk mengambil tempahan untuk mereka dan dari situlah bermula segalanya. “Saya bersekolah di asrama penuh, jadi di sini ada culture dimana setiap sekolah akan show off t-shirt signature masing-masing. "Ramai budak sekolah saya beli t-shirt rekaan saya dan disebabkan itu juga saya mula menerima tempahan untuk reka t-shirt dari kawan sekolah lain. "Proses yang biasa saya buat selepas reka terus hantar ke kedai yang ada buat silk printing di Kuala Lumpur, ” katanya yang merupakan bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Kuala Lumpur. Tahun lepas kami keluarkan 10,000 helai dan alhamdulillah mendapat sambutan walupun ketika itu kita sedang PKP AZZIM ZAHID AZMI Ketika berusia 19 tahun, pemuda tersebut kemudiannya mula menceburi bidang penjualan baju kurta menggunakan wang hasil penjualan t-shirt yang berjaya dikumpulkan dahulu.Apa yang menarik tentang baju yang dikeluarkan oleh Bulan Bintang ini ialah, ianya tidak mempunyai logo jenama seperti mana yang kita boleh lihat pada baju-baju lain yang ada di pasaran sekarang."Saya jual kurta sebab waktu itu ramai yang menjual baju tu tapi size slim-fit dan ada logo besar di bahagian kocek dan tiada yang jual kurta biasa. Jadi saya pun ambil keputusan untuk jual kurta yang biasa dan mula jual sebanyak 300 helai sahaja. Kemudian bilangan itu bertambah sehingga 2,000 helai."Tahun lepas kami keluarkan 10,000 helai dan alhamdulillah mendapat sambutan walaupun ketika itu kita sedang PKP," katanya yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Kini dia berjaya membuka sebuah butik yang terletak di Bangi. Setelah sekian lama menjalankan perniagaannya secara online dan di tapak bazar malam, Azzim akhirnya berjaya membuka sebuah butik sendiri yang terletak di Bangi, Selangor.Antara busana yang dijual adalah kurta, baju Melayu cekak musang serta baju Melayu teluk belanga.Perniagaan ini diuruskan sepenuhnya oleh Azzim dan dibantu oleh rakan-rakan sekolah serta universiti yang bersama-sama mengharungi perjalanan sejak berniaga secara kecil-kecilan sehingga ke hari ini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!