suria

“Niat awal nak susun rempah saja” - Anak tunjuk bakat terpendam deko dapur ibu selepas bosan ‘terperangkap’ di kampung

Foto sebelum dan selepas transformasi itu dilakukan.

HIKMAH 'terperangkap' di kampung selama tiga bulan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sempat juga wanita ini mencantikkan kediaman orang tuanya.

Wanita ini berkongsi kisahnya menerusi siri video dekorasi di aplikasi TikTok sehingga tular dan meraih perhatian ramai.

Menurut Nur Zati Iwani Mohd Shukri, 30, dia telah pulang ke kampung halaman di Kota Bharu, Kelantan pada Disember 2020 sebelum 'terperangkap' di sana sehingga Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Dari dalam rumah hingga ke pagar, dekorasi ibu 'meriah'... sanggup cat basikal lama buat hias laman

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Interior Design jelmakan sentuhan magis di kamar tidur, ibu 'teringin' siap buat permintaan khas

"Saya terkandas di kampung selama tiga bulan. Jadi saya tak tahu nak buat apa. Mula-mula saya buat dekorasi bilik kakak.

"Kemudian beralih ke dapur mama. Pada awalnya niat nak susun bahagian rempah saja, masa tu tengah viral mengenai spice jar.

"Mama bagi modal sikit. Saya susun-susun dan buat satu bahagian dulu, lepas tu abah nampak dan dia involve sekali... abah pun add on modal. Terus rasa makin best.

Idea asal hanyalah untuk menyusun balang rempah sahaja.

"Kemudian saya perbaharui kabinet lama dan buat island table. Tapi kebanyakkan saya guna barang lama yang diperindah semula," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Atiety, dia bersyukur apabila berjaya menyelesaikan dekorasi bilik kakak dan dapur ibunya yang dimulakan pada Februari sebelum berangkat pulang ke Shah Alam, Selangor, pada 26 Mac lalu.

Bercerita mengenai dirinya, Atiey mengakui dia seorang yang berdarah seni dan pernah menyambung pengajian dalam bidang Rekaan Grafik.

Harapan kalau boleh nak deko sampai satu rumah di sana. Tapi nampak gaya macam tak boleh balik.

ATIEY

"Saya dulu ambil jurusan Rekaan Grafik. Jadi inspirasi saya datang dari situ. Dari situ jiwa saya memang dah jiwa seni.

"Dah sebati dengan diri. Dulu masa kecil, selalu tolong abah. Semua wallapaper di rumah pasang sendiri, cat rumah sendiri," ujarnya lagi.

Kata Atiey, dia gembira apabila dapat memberi kebahagiaan kepada kedua ibu bapanya sebelum dia berangkat pulang tempoh hari.

Atiey membuat dekorasi dapur ketika berada di kampung halamannya di Kelantan baru-baru ini.

Malah katanya, dia terharu apabila dihujani pelbagai komen dan soalan menerusi TikTok setelah membuat perkongsian video-video itu.

"Ibu bapa saya gembira dan kagum. Mama cakap nanti deko bilik dia pula. Bilik mama hari tu saya sempat buat satu bahagian saja.

"Yang dah selesai cuma bilik kakak dan dapur. Agak mencabar juga sebab nak tunggu barang yang ditempah dari Shopee, ada yang lambat sampai.

"Saya juga ada dua anak kecil, kena tunggu mereka tidur dulu. Kemudian saya juga kena uruskan bisnes, saya buat perniagan kosmetik online.

Keluarga besar Atiey.

"Ramai yang komen dan mesej tanya mengenai barang-barang yang saya beli. Saya terbuka untuk berkongsi dengan mereka," ujarnya lagi.

Dalam pada itu kata Atiey, dia beranggapan sudah tiada harapan untuk dia pulang beraya ke Kelantan pada bulan depan memandangkan kes Covid-19 kembali meruncing.

"Memang rancangan nak balik raya di sana, sebab bilik mama pun tak sempat deko habis lagi.

"Harapan kalau boleh nak deko sampai satu rumah di sana. Tapi nampak gaya macam tak boleh balik," ujarnya berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain