KALAU mengidam mahu makan atau buat benda pelik sewaktu mengandung bukanlah perkara yang aneh lagi. Ada yang mengidam makanan dan ada juga yang suka hidu sesuatu benda yang sebelum ini tidak pernah disukai. Tetapi lain pula bagi wanita mengandung ini yang tidak dapat menahan rasa gian untuk menari bersama kumpulan penari zapin. Rakaman video tersebut dimuat naik di akaun TikTok milik Noor Ain Samian, 31, memaparkan dia menari zapin bersama-sama kumpulan penari dari Seri Irwana Tari bagi memeriahkan satu majlis yang diadakan pada waktu malam. ARTIKEL BERKAITAN: Dapat ibu pengotor sampai geli nak pijak lantai rumah, anak akui malu nak bawa balik suami - “Tetamu datang, mak salahkan adik-adik pemalas” ARTIKEL BERKAITAN: “Niat awal nak susun rempah saja” - Anak tunjuk bakat terpendam deko dapur ibu selepas bosan ‘terperangkap’ di kampung Lebih mesra disapa Ain, kemunculannya itu merupakan satu kejutan bagi para hadirin yang hadir ke majlis anugerah anjuran Real Perfume di The Katerina Hotel, Batu Pahat, Johor. “Sebenarnya saya sebahagian dari pihak penganjur dan ditugaskan untuk menjaga bahagian protokol serta persembahan. “Mereka yang jemput Seri Irwana Tari untuk buat persembahan dan kebetulan saya juga merupakan salah seorang penari kumpulan tersebut. “Tapi tak ada siapa pun jangka yang saya akan turut menari. Sebab semua dah sedia maklum yang saya ni mengandung empat bulan,” katanya kepada mStar. Noorsuhaimi (kiri) bersama Ain (kanan) dan anak pertama mereka Sofea. Menurut Ain yang bekerja sebagai pegawai bank ini, semua yang hadir pada malam itu terkejut apabila melihat dia beraksi bersama-sama penari di pentas. Walaupun timbul sedikit rasa risau, suaminya Noorsuhaimi Ismail, 32, yang bekerja sebagai penyelia pawagam hanya mampu melihat isterinya dan menggelengkan kepala kerana dia sudah faham dengan perangai Ain yang tidak boleh duduk diam. Anak kedua daripada tiga beradik itu memberitahu, dia hanya sempat berlatih dalam masa yang singkat sahaja kerana tiada masa untuk ke studio dan rasa mual yang disebabkan kehamilannya itu. “Saya berlatih pun sehari je sebab tak larat nak masuk studio setiap hari. Morning sickness pun teruk dan saya rasa cepat penat. “Jadi saya berlatih dengan merujuk rakaman video penari semasa sesi latihan mereka di studio. Mereka semua berlatih lebih kurang seminggu untuk persembahan pada malam itu,” katanya. Waktu mula-mula join tu saya terus diserap masuk untuk pertadingan zapin peringkat daerah sehinggalah ke peringkat negeri. NOOR AIN SAMIAN [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Minatnya yang mendalam dalam bidang tarian itu rupa-rupanya bermula sejak kecil lagi. Ain mula bergiat dalam seni tari ketika tadika tetapi tidak begitu serius kerana jadualnya yang padat. Namun selepas selesai pengajian diploma di UNISEL Bestari Jaya, Selangor, Ain kembali aktif dalam bidang tarian dan menyertai kumpulan Seri Irwana Tari pada tahun 2010. Ain gemar melakukan aktiviti luar bersama suaminya. “Waktu mula-mula join tu saya terus diserap masuk untuk pertadingan zapin peringkat daerah sehinggalah ke peringkat negeri. Bila sambung Ijazah Sarjana Muda Pegurusan Teknologi dalam Perniagaan di UTHM, saya cuma akan sertai pertandingan sahaja kerana kekangan masa."Selebihnya saya sertai persembahan di universiti untuk mengumpul markah kokurikulum. Selepas berkahwin pada tahun 2017, saya banyak buat pengurusan belakang tadbir untuk kumpulan tarian itu sahaja. Saya juga dipanggil untuk jadi backup dancer sekiranya mereka tak cukup penari, ” ujarnya. Walaupun kekal aktif ketika hamil, Ain sentiasa tahu batas dirinya dalam melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan banyak tenaga agar tidak menjejaskan kandungannya. Dia dan pasangan dijangka menimang cahaya mata kedua pada awal September tahun ini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) TONTON VIDEO PILIHAN!