TULAR video menunjukkan telefon bimbit milik seorang imam yang diletakkan dalam poket di bahagian dada jubahnya secara tiba-tiba menerima panggilan ketika solat tarawih. Walaupun tiada nada dering telefon, namun mod getaran (vibrate) yang ditetapkan masih terasa 'mengganggu' sehingga memaksa imam itu mengeluarkannya untuk dimatikan. "Pengajaran buat aku. Mujurlah telefon tu silent (mod senyap). Kalau tak, mahu berkaraoke jemaah dengan lagu Nissa Sabyan hahahaha," tulis imam tersebut di laman sosial yang merujuk kepada vokalis kumpulan Sabyan Gambus dari Indonesia. ARTIKEL BERKAITAN: Mic tak on, imam solat tarawih terkejut keajaiban diharapkan benar-benar berlaku! Bilal nampak garang jadi hero - "Silap saya tak periksa dulu" ARTIKEL BERKAITAN: Dah buat plan 'baik punya', tapi misi kejutan berakhir hambar! Pelik isteri pak imam tak ada perasaan terima surprise hadiah - "Macam saya pula kena prank" Imam berkenaan, Abdul Rahim Azhari berkata, insiden berlaku ketika dia menunaikan solat tarawih di Surau Al Haqq di Taman Sentosa di Klang, Selangor pada Rabu. Abdul Rahim terlupa telefon bimbit masih di poket di dada jubah. Pendakwah bebas berusia 29 tahun itu menjelaskan bahawa rakaman video ketika mengimamkan solat tarawih dibuat untuk tujuan rekod pengurusan surau tersebut. "Sebelum solat tarawih, saya set up dahulu kamera. Tanpa fikir panjang saya letak telefon yang dah silent kat poket di dada jubah dan selepas itu mulakan solat tarawih. "Saya terlupa untuk alihkan telefon atau matikannya. Di permulaan solat semuanya okay sehinggalah ada panggilan masuk masa nak habis bacaan surah Al-Fatihah pada rakaat pertama. "Mod vibrate membuatkan telefon bergetar kuat sehingga saya berasa geli di bahagian dada sampai terasa dekat ketiak. Jubah saya pula agak nipis jadi terasa sangat getaran tu di bahagian dada, itu yang geli," katanya kepada mStar. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Abdul Rahim yang berpengalaman menjadi imam solat tarawih sejak berusia 15 tahun turut menjelaskan terdapat gangguan lain yang menyebabkan dia perlu mematikan telefon. "Mikrofon yang dipasang agak berdekatan dengan dada. Jadi, ada masalah bunyi seperti distortion yang dapat didengari menerusi pembesar suara. Dalam video mungkin tak berapa dengar. "Jika telefon masih terus vibrate, bunyi nyaring tu boleh menjejaskan tumpuan jemaah. Saya buat keputusan segera untuk keluarkan telefon dan tukarkan ke flight mode (mod penerbangan) dan terus menggenggamnya sebelum letak di atas sejadah sewaktu sujud," ujarnya. Abdul Rahim mengeluarkan telefon bimbit dari poket jubah. Pakar motivasi itu menjelaskan bahawa dia hanya melakukan satu 'pergerakan besar' untuk mengeluarkan telefonnya dari poket jubah di mana solat tidak terbatal. Menurutnya, antara perbuatan yang membatalkan solat ialah bergerak anggota berat sebanyak tiga kali berturut-turut atau sekali sahaja gerakan yang melampau yang menyebabkan hilang rupa orang yang sedang solat sama ada ia sengaja atau lupa atau jahil. "Contohnya sekali gerakan yang melampau itu ialah sekali melompat maka batal solatnya walaupun bukan ia sengaja seperti melompat kerana terkejutkan cicak yang jatuh di atas kakinya kerana tiada lagi rupa orang yang sedang melakukan solat. Jika telefon masih terus vibrate, bunyi nyaring tu boleh menjejaskan tumpuan jemaah. Saya buat keputusan segera untuk keluarkan telefon dan tukarkan ke flight mode dan terus menggenggamnya sebelum letak di atas sejadah sewaktu sujud ABDUL RAHIM AZHARI "Contoh tiga gerakan berturut-turut itu seperti seorang yang menggaru kaki kanannya dengan kaki kirinya tiga kali gerakan atau membetulkan kopiahnya dengan tiga kali angkat berturut-turut angkat. "Jika gerakan tersebut tidak berturut-turut seperti pada rakaat pertama dia membetulkan kopiahnya dengan tangan dan pada rakaat keduanya dia mengambil kopiahnya yang jatuh dan pada rakaat ketiga dia membetulkan lagi kopiahnya itu maka tidak batal solatnya walaupun hilang pahala khusyuknya. "Dan gerakan yang tidak membatalkan solat ialah gerakan yang sedikit atau gerakan yang ringan seperti menggerakkan jarinya atau kelopak matanya atau lidahnya," katanya. Abdul Rahim memberi penjelasan mengenai pergerakan yang dilakukan ketika solat. Menurut Abdul Rahim yang juga usahawan, ia bukanlah kejadian pertama yang dialaminya yang melibatkan pergerakan ketika mengimamkan solat. "Sebelum ini jadi imam kat sebuah kampung. Tiba-tiba cengkerik ke lipas masuk dalam kain tapi terasa geli dan gatal sebelum saya gerakkan kain untuk mengeluarkannya," katanya yang juga pernah mengalihkan seekor kucing ketika sujud sewaktu menjadi imam di sebuah sekolah tahfiz dekat Banda Aceh, Indonesia, beberapa tahun lalu. Mengenai insiden terbaharu ketika solat tarawih yang tular itu, berdasarkan semakan rupa-rupanya panggilan telefon tersebut daripada seorang penjual mengenai barang yang dibelinya menerusi aplikasi beli-belah. "Seller tu telefon sebab nak beritahu barang yang saya beli tak ada stok. Jadi, seller tu nak tanya sama ada saya nak tukar barang lain atau buat refund (bayaran balik). "Saya memang suka online shopping sebab lebih murah dan mudah, tapi tak sangka dapat panggilan daripada seller ketika solat tarawih," ujarnya secara berseloroh. View this post on Instagram A post shared by Rahim Azhari (@rahimazhari) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!