RAMAI yang kagum dengan seorang pemuda yang mengeluarkan wang ‘bonus’ dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM), yang mana separuh daripadanya diberikan kepada ibunya. Namun lebih mengejutkan netizen menerusi video di aplikasi TikTok itu, bagaimana pemuda itu dapat mengeluarkan wang menggunakan kad mirip permainan kad popular UNO. "Tiga kali saya ulang sebab nak tengok kad tu. By the way tahniah Mirul, semoga terus sukses," komen seorang netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum PKP 14 tahun asyik travel... kini jadi cleaner, gaji pertama hanya 3 angka tapi apa dilakukan pemuda ini besar sungguh pahalanya! ARTIKEL BERKAITAN: Calon SPM dedah siapa dirinya selepas sanggup hulur RM500 kepada rider demi cabaran 'bayar 10 kali ganda harga order' "Saya dok perhati je kad tu berulang kali macam kad UNO. Apa-apa pun semoga awak dimurahkan rezeki," ujar netizen lain. Mirul (kiri) bersama ibunya. Pemuda berkenaan, Amirul Syahid Mohd Misbah berkata, wang yang tersebut merupakan bonus yang diperolehnya selepas menyertai bisnes produk kesihatan sejak bulan lalu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Pelajar berusia 22 tahun itu memberitahu, video itu bertujuan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai supaya berkongsi rezeki atas kejayaan masing-masing. "Saya masih belajar dan baru menyertai bisnes ini sejak bulan lalu. Alhamdulillah, jualan pada bulan pertama mencapai sasaran yang melayakkan saya memperoleh bonus. "Ramai usahawan berkongsi rezeki bersama keluarga dan saya mendapat inspirasi daripada mereka untuk melakukan perkara yang sama," katanya kepada mStar. Mirul kini mengikuti pengajian di UiTM Shah Alam. Lebih mesra disapa Mirul, dia mahu hidup berdikari tanpa bergantung sepenuhnya kepada ibu bapanya dengan berjinak-jinak dalam bisnes selain menggunakan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). "Alhamdulillah saya peroleh jualan kira-kira RM1,600 pada bulan pertama. Walaupun bonus tak banyak cuma tiga angka, tapi saya gembira sebab dapat berkongsi rezeki bersama mak. "Saya beri bonus kepada mak yang untuk mendapat keberkatan atas bisnes yang saya lakukan. Mudah-mudahan rezeki saya dimurahkan," ujarnya sambil menambah ibunya berusia 45 tahun dan merupakan suri rumah sepenuh masa. Selain mengikut trend, Mirul juga suka bermain permainan kad UNO. Menurut pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu, kad 'UNO' tersebut sebenarnya merupakan kad bank miliknya yang ditampal dengan pelekat menyerupai permainan kad tersebut. "Saya pernah bermain permainan kad ini bersama rakan-rakan termasuk teman-teman serumah sewaktu tinggal di rumah sewa ketika belajar secara fizikal di universiti. "Ada tengok trend pelekat permainan itu di TikTok, saya kemudian membelinya secara dalam talian, sekadar suka-suka," ujarnya yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor. Saya beri bonus kepada mak untuk mendapat keberkatan atas bisnes yang saya lakukan. Mudah-mudahan rezeki saya dimurahkan. MIRUL Dalam pada itu, Mirul yang tidak mempunyai latar belakang dalam perniagaan sama sekali tidak menyangka video tersebut menjadi tular sehingga dihujani mesej netizen tentang pelekat yang dibelinya. Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata dia kemudian meletakkan pautan (link) untuk mereka berhubung secara terus kepada penjual berkenaan di aplikasi beli-belah popular. Komen peniaga yang menjual pelekat kepada Mirul. Mirul berkata, dia turut terkejut apabila penjual tersebut memaklumkan pelekat yang dijualnya mendapat sambutan yang memberangsangkan. Di ruangan komen, peniaga itu berkata: "Patutlah ramai order tadi dekat Shopee... setelah zero (sifar) order, sekarang dah cecah 100 order, terima kasih Mirul.” "Dalam saya menyampai mesej tentang berkongsi rezeki, ada seller dimurahkan rezekinya. Syukur Alhamdulillah," ujar Mirul. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)