suria

Geng pelajar guna papan, cedok anak babi jatuh longkang guna tong sampah... tak kisah busuk, perjelas sebab tak mahu sentuh dan sertu

Tangkapan skrin video menunjukkan sekumpulan rakan serumah menyelamatkan dua anak babi.

KECOH satu video yang merakamkan sekumpulan anak muda di aplikasi TikTok, sehingga meraih lebih sejuta tontonan dalam sehari.

Menerusi video berdurasi hampir seminit itu, mereka kerap kali menyebut perkataan babi tetapi ia bukanlah kata-kata berbaur carutan.

Sebaliknya rata-rata netizen kagum dan memuji tindakan mereka yang sanggup menyelamatkan dua ekor anak babi yang terjatuh dalam longkang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu lori sanggup mengembek, korbankan kain pelikat solat demi selamatkan kambing ‘menangis’ jatuh parit!

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu salakan sang ibu... Pramugara hilang 'job' pantas capai penyodok sampah selamatkan anak anjing terkapai-kapai dalam parit - "Tugas kru kabin ajar banyak perkara"

Salah seorang daripada pemuda berkenaan, Wan Nabiq Nukman Wan Ahmad Amri berkata, insiden berlaku dekat rumah sewa mereka di Sura, Dungun di Terengganu, Khamis lalu.



Seorang rakan menemui dua anak babi terjatuh ke dalam longkang.

Pelajar berusia 20 tahun itu memberitahu, pada mulanya salah seorang rakan serumahnya ada terserempak dengan seekor babi dewasa yang berkeliaran bersendirian.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ada kawan nampak ibu babi seperti mencari sesuatu di belakang rumah. Bila datang dekat, rupa-rupanya ibu babi sedang cari anak-anaknya sebelum hilang entah ke mana.

"Kawan saya juga nampak ada dua anak babi yang terjatuh ke dalam longkang, kedalaman air longkang tu paras leher anak babi tu," katanya kepada mStar.



Sebatang papan digunakan untuk menyelamatkan salah seekor anak babi.

Lebih mesra disapa Nabiq, katanya, rakannya kemudian mendapatkan bantuan rakan-rakan serumah seramai enam orang termasuk dirinya bagi membantu mengeluarkan anak-anak babi yang terperangkap.

"Agak mencabar nak selamatkan anak-anak babi ni sebab air longkang sangat busuk. Kami pula masing-masing tak nak sertu kalau tersentuh babi ni sebab bergegas ada urusan lain.

Kasihan tengok anak-anak babi tu dalam air longkang yang busuk. Mesti anak-anak babi ni tercari-cari ibu mereka.

NABIQ

"Anak babi pertama kami keluarkan dari longkang menggunakan papan panjang, manakala yang anak babi kedua kami cedok guna tong sampah," ujarnya yang merupakan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Nabiq yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkata, walaupun bimbang tersentuh sehingga memerlukan mereka menyertu, jauh di sudut hati mereka begitu simpati kepada haiwan itu.



Nabiq (hadapan, kanan) bersama rakan-rakan serumah.

"Kasihan tengok anak-anak babi tu dalam air longkang yang busuk. Mesti anak-anak babi ni tercari-cari ibu mereka.

"Biarpun haiwan-haiwan ini sekadar anak babi, tapi mereka pun perlu diselamatkan juga. Salah seekor lebih banyak diam, mungkin dah penat agaknya," katanya sambil menambah rakaman hanya dibuat ketika menyelamatkan anak babi yang pertama.

Menurut pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) itu, mereka mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyelamatkan kedua-dua anak babi terbabit.

"Satu pengalaman baru buat kami. Tak pernah terlintas dalam fikiran kami untuk menyelamatkan babi, tapi babi pun makhluk Tuhan juga.

"Lepas dibawa naik ke darat, kedua-dua anak babi melarikan diri. Kami berharap mereka dapat bertemu semula dengan ibu mereka," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain