SIKAP jujur seorang peniaga makanan ternyata mencuri tumpuan ramai sehingga kisahnya tular di Twitter. Menerusi satu tweet pada Jumaat, tersebar kisah peniaga sebuah kedai makan di Bangi, Selangor yang terlupa meletakkan garam dalam masakannya. Namun, dia meletakkan satu nota ringkas yang mana tindakan itu dianggap 'comel' sehingga menerima pujian netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Murahnya harga sebiji telur! Pasangan peniaga suami isteri ini tak mahu fikir rugi, yang penting 2,000 papan telur licin tak sampai sejam ARTIKEL BERKAITAN: “Nak dapat seorang pelanggan pun susah” - Jarak pemisah buat anak resah, simpati gerai air tebu bapa sepi... dah la cuaca buruk, PKPB pula! "Harap maaf. Sila bubuh garam di rumah. Lupa. Maaf ya," tulisnya pada nota itu. Menurut Noor Shahida Supian, 24, dia yang berkunjung ke kedai makan itu untuk membeli juadah berbuka puasa ternyata terhibur dengan nota yang tertera. Malah, dia sendiri turut membeli lauk berkenan biarpun terpaksa membuat 'modifikasi' semula selepas pulang ke rumah. Shahida berkata kejadian berlaku pada petang Jumaat lalu. "Saya berkunjung ke kedai tu pada Jumaat. Dalam 4.30 petang. Kebetulan masa tu bawa mak ke sebuah klinik. "Selepas keluar klinik, ada kedai makan di sebelahnya dan kami nak beli lauk untuk berbuka. "Ketika tengah pilih lauk, ternampak nota kecil tu. Jadi saya ambil gambar dan kongsi di Instagram dan Twitter. Kalau makanan dia jual sedap, memang orang akan cari walau kat ceruk mana pun. SHAHIDA "Yang tak ada garam tu daging gulai kawah. Saya rasa nota tu kelakar dan comel sebab tu saya ambil gambar," ujarnya kepada mStar. Mesra disapa Shahida, dia berkata lauk 'istimewa' itu ternyata kena dengan seleranya. "Memang dah perasan (nota) dan beli je. Saya rasa ia bukan masalah sebab dia dah maklumkan awal-awal. Jadi kita pun peka. "Balik tu tambah garam sikit, settle. Saya suka kejujuran mereka untuk maklumkan pelanggan yang makanan tu tiada garam lagi. "Daripada beli makanan yang tak sedap, sekurang-kurangnya kami boleh balik dan perbaiki lauk tu. Shahida menambah sendiri garam dalam masakan itu selepas dia pulang ke rumah. "Rasanya sedap, rugi beli satu. Nanti nak pergi lagi, harap tak habis lauk tu. Takut ramai dah pergi. Memang situ sedap-sedap lauk yang lain. "Saya dah pergi beberapa kali ke kedai tu, cuma jarang sebab rumah jauh sikit semenjak pindah," ujarnya yang kini menetap di Sungai Merab. Menurut graduan bidang Sains Hortikultur dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, dia juga sama sekali tidak menyangka posting itu akan tular di Twitter. Bercerita mengenai pengalaman-pengalaman lalu, Shahida berkata dia sebelum ini pernah ditipu oleh peniaga yang tak jujur. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Pernah kena juga, contohnya kuih koci yang saya pernah kena. Inti dalam sepatutnya kelapa, tapi saya dapat hampas kelapa. "Mungkin peniaga tu ingat pelanggan tak boleh beza kot. Jadi benda macam ni yang buat saya kecewa. "Apa yang boleh saya pesan dekat peniaga, berniagalah secara jujur. Kalau makanan dia jual sedap, memang orang akan cari walau kat ceruk mana pun. "Kalau boleh makanan yang nak dijual tu make sure jual yang baru masak, bukan yang recycle lauk semalam ke, sebab ada juga certain peniaga buat macam tu sebab nak jimat. "Tapi berbalik pada atas tadi, berniaga secara jujur akan buat peniaga tu bertambah rezeki. Contoh macam tweet yang viral tu. Mungkin itu asbab dari sifat kejujuran dia," ujarnya. Tweet Shahida sehingga kini meraih 15,500 ulang kicau (Retweet) di Twitter. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!