LULUH hati anak-anak apabila ibu tersayang yang ditunggu-tunggu 'pulang' sebagai jenazah. Begitulah hakikat mengenai ajal dan maut yang merupakan ketentuan Tuhan dan datang tanpa diduga, Kisah menyayat hati ini dikongsi oleh seorang pengasas badan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan khidmat pengurusan jenazah secara percuma atas sumbangan masyarakat. ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah ibu belum dikebumi tapi anak ceria di tanah perkuburan, sehinggalah kain penutup wajah diselak... - "Sesekali dia ketawa bersama rakan" ARTIKEL BERKAITAN: "Arwah elok je masak nasi makan tengah hari" - Dua anak tergamam, ibu 'pergi' selepas tinggalkan hidangan terakhir Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang hanya mahu dikenali sebagai Wan Chai berkata, ibu berusia 64 tahun itu meninggal dunia pada petang Khamis kerana menghidap penyakit tiga serangkai. Petugas menguruskan jenazah. Menurutnya, arwah yang menghidap penyakit jantung, buah pinggang dan darah tinggi dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Selangor, 16 April. "Sebelum dimasukkan ke hospital, arwah mengadu seperti susah hendak bernafas. Pada Khamis, anak lelaki arwah menerima panggilan daripada doktor supaya datang ke hospital. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Sehari sebelum itu (Rabu) doktor ada beritahu anaknya, Khamis dah boleh bawa balik sebab keadaan maknya semakin stabil. Cuma tak tahu pukul berapa boleh discaj," katanya kepada mStar. Susulan itu kata Wan Chai, maka tidak hairanlah anak sulung arwah beranggapan ibunya sudah boleh discaj untuk dibawa balik apabila menerima panggilan pada Khamis. "Bila dah sampai hospital, barulah doktor maklumkan yang ibunya sudah meninggal, bukannya boleh keluar wad," ujarnya sambil menambah arwah meninggalkan lima anak. Jenazah dibawa pulang ke rumah. Tambah beliau, niat anak-anak untuk menjaga ibu mereka selepas discaj juga tidak kesampaian. "Si ibu menghembuskan nafas terakhirnya sebelum sempat dibawa pulang ke rumah. Bayangkan betapa hancurnya hati si anak ketika itu. "Bayangkan anak bergegas ke hospital kerana beranggapan ibunya sudah dibenarkan pulang, tapi sebenarnya sudah meninggal dunia," katanya. Bayangkan anak bergegas ke hospital kerana beranggapan ibunya sudah dibenarkan pulang, tapi sebenarnya sudah meninggal dunia. WAN CHAI Menurut Wan Chai, pihaknya kemudian dihubungi anak lelaki arwah yang meminta bantuan untuk menguruskan jenazah ibunya. "Ketika itu hampir pukul 7 petang. Tiga rakan digerakkan untuk menuntut jenazah secepat mungkin kerana waktu berbuka puasa semakin hampir. "Setibanya jenazah di bilik wakaf, azan terus berkumandang. Rakan-rakan yang bertugas termasuk unit bilal muslimah sempat berbuka dengan kuih dan air oren," katanya sambil menambah pengurusan jenazah disambung selepas berbuka puasa. Membuat persiapan sebelum mengebumikan jenazah. Katanya, jenazah dibawa pulang ke Sungai Kapar Indah di Klang bersama pasukan sukarelawan sebelum dikebumikan keesokan (Jumaat) pagi. "Pengurusan untuk jenazah pada malam itu telah kami sempurnakan sebaik mungkin. Tugas kami berakhir apabila jenazah dibawa masuk ke dalam rumah. "Sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Perginya ibu tidak kembali," katanya sambil menambah orang ramai boleh memberi sumbangan kepada UKVJ bagi membantu waris yang kurang berkemampuan untuk menanggung kos pengurusan jenazah. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!