JIKA disoroti segala perkongsian di Instagram dan TikTok jejaka ini, timbul satu perasaan yang cukup mendamaikan jiwa. Kebanyakan video dan gambarnya memaparkan aktiviti berkaitan alam semulajadi, termasuklah pendakian gunung dan perkhemahan di tepi sungai. Menurut Muhamad Sobri Yaacob, 30, ia merupakan minat dan hobi masa lapang yang dianggap sebagai satu eskapisme buat dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Gempak, laju lain macam! Pelajar terbangkan ‘racing drone’ atas sungai ketika berkhemah rupa-rupanya juara dunia ARTIKEL BERKAITAN: Cemas! Zipline berhenti mengejut ketika rentas air, remaja ‘buat hal’ nyaris kena ngap dengan jerung "Saya sebenarnya bekerja dalam bidang perhotelan. Biasanya aktiviti ini akan dibuat ketika cuti atau hari minggu. "Minat mendaki gunung pula bermula sejak lima tahun lalu. Saya memang minat aktiviti outdoor. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya dah tak boleh masuk hutan. Jadi saya luangkan masa camping di tepi-tepi sungai," ujarnya yang mesra disapa Sob kepada mStar. Sob setakat ini sudah menawan enam daripada tujuh puncak gunung tertinggi (G7) di Malaysia. Tambahnya lagi, dia setakat ini sudah menawan enam daripada tujuh puncak gunung tertinggi (G7) di negara ini, termasuklah Gunung Kinabalu di Sabah. Dalam pada itu, video terbaharu yang dikongsi memaparkan Sob dan beberapa rakan berkemah di tepi sungai turut menjadi tular. Alhamdulillah setakat ini saya tak pernah kena gangguan mistik. SOB Malah, paparan aktiviti memasak nasi dalam buluh menerusi video itu turut menjadi perhatian netizen. "Saya sebenarnya baru dua bulan aktif di TikTok. Sebelum ni saya banyak kongsi di blog dan Instagram. "Saya pun terkejut tengok view yang diterima agak tinggi. Saya banyak juga kongsi mengenai hiking, travel serta tempat menarik berkaitan alam. "Video masak nasi dalam buluh tu dirakam ketika saya berkhemah di sebuah sungai di Perak. Sejujurnya saya dapat banyak mesej. Antara gambar yang dikongsi di Instagram miliknya. "Ada yang tanya cara set up khemah, cara nak masak nasi dalam buluh, macam mana persiapan nak berkhemah dan sebagainya," dedahnya lagi. Sob yang menyifatkan dirinya sebagai pencinta alam berkata timbul satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata setiap kali dia masuk ke hutan. "Bila dapat dengar aliran sungai, bunyi burung, tengok alam yang hijau, hadir satu ketenangan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Paparan skrin video tular itu. "Kena rasa sendiri. Saya percaya, setiap kali masuk ke hutan yang sama sekali pun, ia tetap akan beri perasaan dan pengalaman berbeza. "Ia juga mengajar kita untuk lebih menghargai alam. Alhamdulillah setakat ini saya tak pernah kena gangguan mistik. "Cuma ada sekali dalam tahun 2018, kami terserempak dengan gajah. Tergamam dan terkejut, goyang juga masa tu," ujarnya berseloroh. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!