suria

Dari kecil sampai besar, baju raya satu keluarga wajib ‘sama sebiji’.. semua kena ikut citarasa bos! - “Pernah mak pilih, ayah tak berkenan”

Pemakaian baju sedondon dengan corak sama sudah menjadi tradisi keluarga itu sejak sekian lama.

PERKONGSIAN seorang gadis mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri keluarganya mencuri perhatian warga Twitter.

Menurut Ainie Mardia, 24, dia sekeluarga akan memakai pakaian sedondon setiap tahun, termasuklah bapanya yang enggan menggayakan baju Melayu kain kosong.

"Keluarga saya bukan setakat warna je sedondon, sekali dengan corak semua sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Video raya #fightmechallenge famili ini terima hampir sejuta tontonan, telefon panas selepas bangun tidur - “Hari tu saya demam”

ARTIKEL BERKAITAN: Video dron rakam suasana desa dengan alunan takbir raya raih ratusan ribu tontonan, tapi selepas viral kenapa pelajar ini perlu mohon maaf?

"Sebab bapa saya tak nak pakai baju Melayu kain kosong. Sejak kecil tak pernah tak sedondon," tulis anak sulung daripada dua beradik itu di Twitter.

Mesra disapa Mardia, dia berkata, pemakaian busana raya sedondon itu sudah menjadi tradisi sejak sekian lama memandangkan ibunya, Zakiah Marawi, 47, merupakan seorang tukang jahit.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Malah, bapanya, Fadil Daud, 49, juga seorang yang sangat teliti dan akan menjadi penentu kepada pakaian mereka anak beranak.

Urusan menghasilkan pakaian sedondon menjadi lebih mudah kerana si ibu merupakan tukang jahit.

"Kami memang akan beli kain sekali. Memang ayah yang minat. Kalau kami nak beli baju, bukan kami yang pilih, tapi ayah yang pilih.

"Dulu pernah mak pilih, tapi ayah tak berkenan. Jadi kalau nak beli kain atau baju, memang kena bawa dia. Kalau 'bos' berkenan, OK la.

"Memang dah jadi tradisi keluarga. Memang tak pernah pakai baju kosong. Baju Melayu ayah sentiasa ada corak, sama seperti baju kami," ujarnya berseloroh.

Ayah pun tahu dia tengah viral, orang suka tengok dia.

MARDIA

Kata Mardia lagi, dia gembira dengan pemakaian baju sedondon itu yang sudah dianggap seperti satu kemestian dalam keluarganya.

Malah, dia sama sekali tidak menyangka perkongsian mengenai kisah keluarganya itu akan tular di Twitter.

"Seronok sebenarnya. Senang nak cari sebab baju sama. Orang tahu yang kami ni sekeluarga.

Kisah keluarga ini tular di Twitter.

"Saudara-mara yang tak berapa kenal tak perlu tanya mak ayah saya yang mana satu anak mereka. Tengok baju sama terus mereka tahu.

"Sejujurnya saya sekadar suka-suka kongsi di Twitter. Sebab biasanya memang orang lain pun sedondon, tapi kami sekali dengan ayah pakai corak sama.

"Tak sangka viral. Ayah pun tahu dia tengah viral, orang suka tengok dia. Ayah OK saja," ujarnya lagi.

Jelas Mardia, bapanya merupakan seorang pegawai kerajaan dan mereka sekeluarga menetap di Seremban, Negeri Sembilan.

Sehingga kini, posting oleh Mardia di Twitter meraih hampir 6,000 ulang kicau (Retweet).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain