suria

Penat berkorban sejak bujang sampai kahwin, anak angkat dedah sikap pilih kasih keluarga... dimaki, dipukul tapi kaki dadah tetap dipuja!

Akibat pelbagai peristiwa yang melukakan hati, dia kini nekad mengundur diri daripada keluarga itu.

BAGI seorang anak angkat, mereka juga punya perasaan ingin disayangi sama seperti darah daging sendiri.

Namun kata wanita ini, sudah terlalu banyak yang dihadapi sehingga dia nekad membawa dir bersama anak dan suaminya.

Menurut wanita yang enggan mendedahkan identitinya itu, dia menanggung derita sejak sekian lama sehingga seolah-olah sudah kering air mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak mangsa pilih kasih kini hidup ‘senang’, enggan balik raya jumpa ibu, “Jangan pernah ada hati nak minta tolong Along time susah”

ARTIKEL BERKAITAN: 22 tahun hidup tak pernah jumpa... Gadis ini belum putus harapan, impi rasa pelukan kasih sayang walinya - “Sampai sekarang tak ada siapa pernah bawa ke kubur”

"Aku nekad nak mulakan hidup baharu dengan suami dan anak, tanpa pedulikan keluarga toksik lagi.

"Aku nak luah tapi terlalu panjang dan perit. Tak terkata sedih yang aku tanggung sejak kecil sampai dah ada suami dan anak," tulis wanita itu di Facebook.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kata wanita itu, dia selama ini tak pernah berkira untuk berkorban buat keluarga angkatnya.

Dedah wanita itu, adik-beradik angkatnya merupakan seorang penagih dadah. (Gambar Hiasan)

Namun, dia sudah tidak tahan apabila sering dimaki dan dipukul oleh adik beradik angkatnya yang terjerumus dengan najis dadah.

"Aku penat berkorban untuk keluarga, penat lelah bekerja cari rezeki siang malam dari bujang sampai kahwin, sedangkan anak lelaki dia dah tua, tak pernah bertanggungjawab langsung.

Bila mengadu, mak suruh sabar, jangan cari pasal dan jangan sentuh soal anak lelaki dia.

ANAK ANGKAT

"Tak nak kerja, ambil dadah, maki hamun, naik tangan... aku tak sanggup bertahun dah macam ni.

"Bila mengadu, mak suruh sabar, jangan cari pasal dan jangan sentuh soal anak lelaki dia... anggap je tak wujud," luah wanita itu lagi.

Tambahnya, biarpun sudah lama berhadapan dengan situasi itu, kesabaran dirinya juga ada batas.

Akibat pelbagai peristiwa yang melukakan hati, dia kini nekad mengundur diri dan hanya mahu melawat mereka sesekali sahaja.

Sudah penat berkorban dan mengalah, dia kini membawa diri bersama suami dan anaknya. (Gambar Hiasan)

"Sabar aku pun ada limit. Biarlah aku undur diri, jenguk keluarga sesekali tak kerap dah macam dulu.

"Aku harap pihak berkuasa ambil tindakan atas apa yang anak dia dah buat selama ni.

"Walaupun aku anak angkat, tak layak ke aku gapai bahagia aku sendiri?" soal wanita itu lagi.

Dia berkongsi kisah itu menerusi Facebook Kisah Rumah Tangga.

"Sabar sis. Walaupun sis anak angkat sis ada hak untuk bahagia. Lapor je anak dia dekat polis. Biar anak dia meringkuk dalam penjara.

"Memang banyak mak ayah, mesti ada anak emas kat rumah. Jenis yang tak nak tegur salah anak tu, takut kat anak. Yang dimarahnya asyik-asyik orang sama.

"Report polis yang anak lelaki dia ambil dadah. Biar masuk penjara," tulis beberapa netizen di ruangan komen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain