KEBEBASAN beragama merupakan salah satu hak asasi sebagai seorang manusia. Seperti yang kita boleh lihat di Malaysia, rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum, bangsa dan agama tetapi hidup dalam suasana harmoni. Tidak menjadi masalah jika seseorang itu mahu mempelajari tentang agama lain, malah ia membantu kita untuk lebih memahami tentang perbezaan kehidupan, adat dan budaya dalam masyarakat majmuk.ARTIKEL BERKAITAN: “Tak nak datang tak apa, tunggu je jasad Along depan rumah” - Bapa akhirnya rentas negeri, kumpul kekuatan memandu sambil menangis demi tatap jenazah anak kali terakhir ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Pelajar keluarkan duit bonus bulan pertama di ATM guna kad UNO... niat nak kongsi rezeki dengan ibu, online seller pun terkena tempias Itulah yang dilakukan oleh Ryan Wong Yong Heng, 19, yang aktif belajar dan memuat naik video mengenai ilmu serta ajaran Islam yang dipelajarinya di aplikasi Tiktok. Menggelarkan dirinya sebagai 'pengkaji agama Islam', video-video yang dimuat naik oleh remaja ini sering mendapat perhatian dan jumlah tontonan yang banyak di aplikasi tersebut. “Saya mula berminat untuk belajar tentang agama Islam ini sejak sekolah menengah yang mana kami ada belajar tentang tamadun Islam dalam subjek Sejarah semasa di tingkatan empat. “Pada waktu itulah saya belajar tentang sejarah agama Islam, peperangan yang berlaku pada zaman nabi dan penghijrahan dari kota Makkah ke Madinah. “Di situlah titik permulaan saya berminat untuk belajar dan mengkaji tentang Islam,” katanya ketika dihubungi mStar. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Ryan timbul rasa minat untuk mempelajari Islam sejak tingkatan empat. Disebabkan minatnya yang mendalam terhadap Islam, remaja yang mesra disapa Ryan ini berkata dia turut membaca tafsiran al-Quran dan mendapat bimbingan daripada rakan-rakan di TikTok. Pelajar jurusan Foundation in Arts, Financial Accounting di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kajang, Selangor ini juga menggunakan platfom itu untuk bertukar pandangan dan menyebarkan segala informasi atau pengajaran yang bermanfaat dengan pengguna lain di aplikasi tersebut. “Saya rasa Islam ini adalah agama yang mengajar tentang kebenaran dan senang untuk difahami. Saya yang beragama Buddha pun boleh faham. “Niat saya memuat naik video sebegitu adalah untuk berkongsi ilmu dan secara tidak langsung dapat juga menambah lagi pengetahuan saya tentang Islam apabila ada yang berkongsi pendapat di ruangan komen,” ujarnya. Saya rasa stres apabila menerima komen netizen yang menyuruh saya ucap dua kalimah syahadah dan peluk agama Islam. RYAN WONG YONG HENG Walaupun begitu, Ryan kurang selesa apabila ada netizen yang meninggalkan komen dengan bertanya bila dia mahu mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk agama Islam. Menurut remaja itu, dia tidak mahu membuat keputusan drastik apatah lagi hanya untuk meraih tontonan tinggi, malah rasa bersalah jika melulu mengikut apa yang disuruh oleh mereka. Ryan berharap netizen memberi masa kepadanya dan mendoakan hatinya terbuka untuk memeluk Islam suatu hari nanti. “Saya rasa stres apabila menerima komen netizen yang menyuruh saya ucap dua kalimah syahadah dan peluk agama Islam. Pada pandangan saya, Islam tidak pernah memaksa orang dari agama lain untuk memeluk agama ini. “Biarlah hati saya tenang dan terbuka dengan sendirinya untuk memeluk Islam pada suatu masa akan datang. Saya cuma mahu mereka mendoakan yang terbaik sahaja, ” katanya yang berasal dari Skudai, Johor. Ryan juga memberitahu bahawa keluarganya tahu akan minatnya terhadap Islam dan tidak pernah menghalangnya belajar selok belok agama ini.Malah mereka turut berpesan untuk sentiasa menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!