BELUM pun cukup sebulan restoran milik usahawan kosmetik, Datin Rita Sosilawati beroperasi, sudah ada 'tangan ghaib' yang menabur beras di sekitar premis tersebut. Insiden mengejutkan itu dikongsi Rita menerusi laman Instagram milik beliau. Menerusi satu video yang dikongsi, menunjukkan butiran beras yang ditabur berselerakkan di luar restoran milik beliau. ARTIKEL BERKAITAN: "Balik beli barang, suami beritahu positif Covid-19" - Rita Sosilawati sayu anak rayu nak jumpa daddy untuk 2-3 minit, terpaksa 'tipu' yang bongsu! ARTIKEL BERKAITAN: Tiada pusara ibu untuk diziarahi, Rita Sosilawati masak menu kegemaran arwah untuk ubat kerinduan... "Rindu tak semestinya menangis" Bercakap kepada mStar, Rita berkata, dia menyedari perkara itu selepas mengadakan majlis berbuka puasa bersama kakitangannya di restoran miliknya di Publika, Kuala Lumpur pada Rabu malam. Selain beras, Rita turut mendapati garam dan serbuk kunyit ditabur di depan restoran. "Masa tu pukul 9.30 malam, saya nak balik ke rumah selepas berbuka puasa. Ketika berjalan ke kereta, saya nampak ada benda-benda kecil bertabur di tepi jalan depan restoran. "Saya terkejut, bila diperhatikan betul-betul memang sah ada beras dan garam serta serbuk kunyit yang ditabur di tepi jalan. Saya sendiri secara spontan menjirus bahagian yang ditabur itu dengan air," katanya ketika dihubungi sambil menambah rakaman hanya dibuat selepas dia telah menjirus ke sebahagian tempat yang ditabur itu. Rita atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Buhari berkata, beliau pada awalnya berasa pelik kerana hanya dirinya menyedari 'macam-macam' yang ditabur di depan kedai. "Saya cuba bertenang, baca ayat Kursi dan baca surah tiga Qul. Pelik juga kenapa saya seorang saja perasan, selepas tu staf saya baru sedar ada taburan tu," katanya. Perkongsian Rita di Instagram. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menurut Rita, restorannya yang berkonsepkan makanan Jawa itu baru dibuka awal bulan ini, dan turut membuka tempahan untuk juadah berbuka puasa. "Selepas minggu pertama, tempahan (RSVP) untuk buka puasa banyak sehingga penuh restoran setiap hari. Tapi beberapa hari sebelum kejadian tu tak ada RSVP. Saya percaya rezeki Allah itu luas, lebih baik kita sama-sama bersaing secara sihat. Walaupun terkejut, tapi saya reda dan anggap ia sebagai dugaan dalam perniagaan RITA SOSILAWATI "Kalau ada yang datang untuk buka puasa pun hanya seorang atau dua pelanggan. Pelik juga, tapi saya husnuzon (bersangka baik), mungkin ramai yang sibuk untuk makan di luar. "Kalau kata taburan tu bahan-bahan mentah restoran yang tertumpah, saya telah arahkan staf untuk bawa masuk ikut pintu belakang dan bukannya dari depan kedai," ujarnya sambil menambah kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan premis agak terhad untuk merakamkan aktiviti di jalan. Restoran milik Rita yang baru dibuka di Publika. foto Google Namun kata Rita, beliau tidak menyangka kejadian tersebut berlaku pada dirinya ketika umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. "Tak sangka ada pihak yang sanggup tabur macam-macam depan kedai saya. Tergamak mereka buat di bulan Ramadan. "Saya tak mahu tuduh atau cakap siapa-siapa. Cuma berharap kita semua menghormati bulan Ramadan yang mulia ini. "Saya percaya rezeki Allah itu luas, lebih baik kita sama-sama bersaing secara sihat. Walaupun terkejut, tapi saya reda dan anggap ia sebagai dugaan dalam perniagaan," katanya. View this post on Instagram A post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!