suria

Raya 3 beradik suram selepas kematian mak ayah, kakak pula dah 6 tahun bawa diri ke Australia - “Terkenang raya dulu-dulu mak ambil tempahan ketupat”

Sambutan Hari Raya tiga beradik itu seolah-olah suram selepas ibu bapa mereka sudah tiada di dunia ini.

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri wanita ini ternyata suram selepas kematian kedua ibu bapa tercinta.

Menurut Nur Zainina Husna Zaini, 22, dia dan kakak sulungnya, Siti Zuraidah, 31, juga terpisah jauh beribu batu sejak enam tahun lalu, menjadikan lebarannya kini disambut ala kadar sahaja.

"Mak meninggal akibat demam panas pada tahun 2010. Ayah pula meninggal kerana kanser usus dan serangan jantung pada tahun 2015.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyatuan ketika PKP... 15 tahun terpisah, anak telefon ibu kandung jam 2 pagi - “Masa kecil dulu saya keliru”

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis kahwin penuh emosi... bersatunya remaja-keluarga selepas 20 tahun, baru sedar ibu kandung ucap “Happy Birthday” tiap tahun - “Dah lama ibu stalk Facebook”

"Kami ada tiga beradik sahaja. Selepas kedua orang tua kami tiada, kakak bawa diri ke Australia pada awal 2016. Dia cakap nak cari duit di sana.

"Saya pun dah tiga tahun kahwin dan ada seorang anak. Adik bongsu tinggal dengan saya di Batu Pahat, Johor.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Selepas mak ayah dah tiada, kakak pun bawa diri... raya memang sambut biasa-biasa je. Kemas rumah, saudara datang melawat. Saya anggap benda tu biasa sahaja," ujarnya kepada mStar.

Husna kini menetap di Batu Pahat, Johor bersama suami, anak dan adik bongsunya.

Mesra disapa Husna, dia sepatutnya berangkat ke Australia pada Mac tahun lalu untuk melawat kakaknya, namun hasrat itu dibatalkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) gara-gara penularan Covid-19.

Jelas suri rumah itu, hatinya remuk apabila terpaksa membatalkan rancangan tersebut tatkala rasa rindu semakin membuak-buak dalam hati.

"Kiranya dah enam tahun kami tak jumpa kakak. Sepatutnya saya, suami, anak dan adik bongsu ke sana pada Mac 2020.

Teringat dulu-dulu, setiap kali nak raya mesti sibuk sebab mak ambil tempahan ketupat.

HUSNA

"Saya memang sedih gila tak dapat pergi, kakak pun dah beli tiket. Rancangan asal nak melancong di sana, sebab saya tak pernah pergi Australia.

"Setiap kali raya, pagi-pagi kami akan video call. Bermaafan pun secara online. Saya memang rindu kakak, saya cuma harap kami dapat bersatu semula," ujarnya.

Kata Husna, kakaknya sebelum ini bekerja di kedai makan di Australia dan kini berkhidmat dengan sebuah hotel pula.

Kakak sulung Husna yang sudah enam tahun berkelana di Australia.

"Dulu lepas kakak pergi sana, saya masuk asrama. Adik pula duduk dengan makcik. Setiap bulan kakak hantar duit.

"Bila saya dah habis sekolah, saya kata pada dia, tak perlu hantar duit lagi kepada saya. Bagi kepada adik sahaja.

"Saya harap kami dapat jumpa semula tak lama lagi. Teringat dulu-dulu, setiap kali nak raya mesti sibuk sebab mak ambil tempahan ketupat," imbasnya sebak.

Husna berkongsi kisahnya menerusi direct message (DM) Instagram mStar sebelum dia dihubungi untuk temubual pada Isnin.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain