SEBAGAI anak Melayu, makan menggunakan tangan bagaikan menjadi satu kebiasaan sejak kita kecil lagi. Begitu juga dengan gadis Melayu berdarah campuran Amerika ini yang mana dia juga suka makan menggunakan tangan. Namun menurut Amalina Smith, 22, dia baru sahaja menyedari teknik yang digunakannya sedikit berbeza, sehingga ditegur oleh rakannya pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Calon SPM bangga berdarah kacukan Jepun walau ada pertikai wajahnya ‘Melayu habis’ - “Takkan muka kena setepek macam anime?” ARTIKEL BERKAITAN: Disangka berdarah kacukan gara-gara video TikTok, jejaka akui ada yang terkejut dia boleh cakap loghat Kelantan - “Orang pelik saya ada accent?” "Saya dibesarkan di Malaysia. Jadi memang dah selalu makan dengan tangan. Selama ni tiada siapa pernah tegur, tapi saya selalu perasan orang suka perhati saya makan. "Tiba-tiba semalam (Sabtu), kawan tegur. Saya tanya apa yang salah? Dia tanya, kenapa masukkan semua jari dalam mulut masa suap makanan? Nina tak sangka video dikongsi akan tular di aplikasi TikTok. "Saya pun baru sedar. Jadi untuk kepastian, kawan suruh saya makan sambil dia rakam video untuk kami tengok semula," ujarnya kepada mStar. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Mesra disapa Nina, dia kemudiannya secara spontan berkongsi video itu di TikTok dan tidak menyangka akan menerima setengah juta tontonan dalam tempoh satu malam sahaja. Kata Nina, dia terkejut dengan penularan video itu, namun bersyukur apabila tidak menerima sebarang komen negatif di platform itu. Saya fikir akan ada orang kecam dan sebagainya, tapi semuanya positif. NINA "Saya pun baru je aktif di TikTok pada tahun ni. Memang tak tidur malam baca komen. Alhamdulillah tiada yang kecam, semua terhibur je. "Ramai juga yang komen, mereka kata confuse dengan cara diri sendiri makan nasi pakai tangan lepas tengok video saya. Nina merupakan penuntut bidang Sains Politik. "Saya fikir akan ada orang kecam dan sebagainya, tapi semuanya positif dan menghiburkan," ujarnya yang menetap di Gombak, Selangor. Bercerita mengenai dirinya, Nina merupakan graduan bidang Sains Politik yang kini menjalankan perniagaan produk minuman kesihatan. Jelasnya, penularan video itu turut membuka pintu rezeki apabila ramai yang menghubungi untuk bertanyakan mengenai produk yang dijual. Nina turut menjalankan perniagaan produk minuman kesihatan. Dedah Nina lagi, dia sepatutnya berangkat ke Amerika Syarikat pada tahun lalu untuk menyambung pengajian dalam bidang sama, namun ditunda sehingga tahun depan gara-gara pandemik Covid-19. "Sepatutnya September tahun lepas saya sambung belajar, tapi ia dah ditunda ke tahun depan. "Sekarang saya tak ada buat apa-apa, cuma buat bisnes sikit-sikit. Sejak viral, banyak direct message (DM) yang masuk, nak tahu pasal produk," ujarnya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)