suria

“Kau bukan manusia, pun tak layak dipanggil binatang” - Uncle Kentang terkesan baca WhatsApp ibu tunggal hidup susah, tak minta bantuan... hanya tagih kata-kata semangat

Uncle Kentang berkongsi kisah hiba menerima mesej seorang ibu tunggal yang kesempitan hidup.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Itulah peribahasa sesuai bagi menggambarkan situasi yang dialami seorang ibu tunggal selepas ditinggalkan bekas suami, empat tahun lalu.

Kisahnya dikongsikan oleh aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Miskin harta, kaya adab! Uncle Kentang sayu terima mesej ‘sopan’ lewat malam, rayu bantuan kecil untuk teruskan hidup esok hari

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar sanggup berlapar demi ibu akhirnya ‘tewas’, minta bantuan selepas putus bekalan makanan... elaun belajar semua kirim ke kampung!

"Awal pagi saya dirujuk oleh ibu tunggal. Wahai lelaki, di mana letak kejantananmu? Kau bukan manusia, kau pun tidak layak dipanggil binatang kerana binatang lebih menyayangi dan mengasihi anak-anak mereka," tulis Chee Heng pada perkongsian tersebut.

Menerusi posting tersebut, Uncle Kentang turut berkongsi paparan mesej penuh hiba yang diterima daripada ibu tunggal itu yang bercerita mengenai kesempitan hidupnya bersama tiga anak yang masih kecil.

Bukan bantuan wang atau makanan yang ditagih, sebaliknya wanita berkenaan hanya meminta kata-kata positif daripada aktivis masyarakat itu agar dirinya kuat mengharungi kesukaran hidup.



Mesej yang diterima oleh Uncle Kentang daripada seorang ibu tunggal.

"Maaf ganggu Uncle. Saya Julia dari Port Dickson, ibu tunggal kepada tiga anak, 13 tahun, 10 tahun dan empat tahun. Boleh tak Uncle beri semangat dan kata-kata positif kepada saya untuk terus kuat dalam kehidupan saya?

"Saya ditinggalkan suami semasa mengandung dua bulan, empat tahun yang lepas. Suami tak beri sebarang nafkah hampir empat tahun. Saya bekerja 'part time' sahaja di Petronas Lukut.

"Setiap bulan saya kena bayar sewa rumah, api, air, kereta, duit sekolah, susu, pampers, duit pengasuh, makan minum dan macam-macam lagi. Gaji saya RM750 sebulan tak cukup untuk tampung semua perkara," luah wanita itu menerusi mesej yang dihantar kepada Uncle Kentang.

Menurutnya, dia sering menangis mengenangkan nasib diri yang terpaksa berhempas pulas mencari rezeki demi menanggung segala perbelanjaan dan komitmen bulanan.



Uncle Kentang dikenali ramai kerana sering menghulurkan bantuan terutama berkaitan pernghantaran jenazah.

"Kadang-kadang saya tak ada duit nak bayar sewa rumah, duit api, air. Saya dapat bantuan JKM juga tapi masih tak boleh cover tanggungan saya.

"Saya terlalu kerap menangis sehinga menghidap anxiety. Sekarang hampir nak raya, saya belum buat persiapan untuk anak-anak. Saya berdoa kepada Allah semoga saya dipermudahkan urusan.

"Saya minta Uncle yang baik hati ni diberi hidayah juga. Saya minta doa juga dari Uncle untuk beri saya semangat ya," tulisnya.

Awal pagi saya dirujuk oleh ibu tunggal. Wahai lelaki, di mana letak kejantananmu?

UNCLE KENTANG

AKTIVIS MASYARAKAT

Namun dek kerana tersentuh dengan penderitaan yang ditanggung wanita berkenaan, Chee Heng memberi jaminan untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggungnya.

"Jangan gusar puan, tetap tabah dan yakin kerana tuhan telah memilihmu untuk diuji. Akan kita berikan sedikit sumbangan dan juga lain-lain kebendaan yang perlu. Semoga kita jumpa di akhirat nanti," tulis Chee Heng dalam perkongsian yang sama.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih dan simpati dengan nasib wanita berkenaan, dan dalam masa yang sama mengkagumi sikap aktivis masyarakat itu yang tidak lokek menghulurkan bantuan sungguhpun berlainan bangsa dan agama.

"Tumpang sedih... kadang-kadang ingat kita saja yang susah, rupa-rupanya ada lagi orang yang lebih susah.



Antara komen netizen yang memuji usaha Uncle Kentang.

"Moga Allah campakkan hidayah buat Uncle yang budiman.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Semoga Uncle dikurniakan kesihatan yang baik supaya terus membantu orang lain," demikian antara komen yang dilontarkan netizen.

Sehingga kini posting tersebut meraih lebih 120 shares di Facebook.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain