suria

Wanita kecewa niat nak ajar anak tiri buat kerja rumah, mak kandungnya sedap mulut tuduh macam-macam... suruh jaga anaknya sendiri banyak pula alasan!

Hasrat mahu didik anak tiri, namun seorang wanita dituduh sebagai pendera. (Gambar Hiasan)

SEJAK dulu lagi, kita sering dimomokkan dengan pelbagai kisah mengenai sikap ibu tiri yang jahat.

Namun, tak semua ibu tiri bersikap begitu, malah ramai sahaja yang cukup ikhlas untuk membesarkan anak yang bukan lahir dari rahim mereka.

Di Facebook, seorang wanita tampil berkongsi kisahnya dengan anak tiri yang baru dipelihara sejak 10 bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup lihat bapa usia 65 tahun sendirian, anak tunggal tak fikir lama ketika jumpa bakal ibu tiri

ARTIKEL BERKAITAN: 22 tahun hidup tak pernah jumpa... Gadis ini belum putus harapan, impi rasa pelukan kasih sayang walinya

Pada usia 12 tahun, wanita itu berpandangan wajar sekiranya dia mula mendidik anak tiri perempuannya untuk melakukan kerja-kerja rumah.

"Saya nak bertanya salah ke saya ajar anak tiri perempuan umur 12 tahun buat kerja rumah?

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya ajar masak, ajar dia kemas rumah, saya ajar dia basuh baju dia sendiri.

"Dia baru duduk dengan saya 10 bulan. Sebelum ini dia duduk dengan nenek sebelah ibu.

"Bila nenek dia meninggal suami saya ambil anak jaga kerana ibu dia dah berkahwin lain," ujar wanita itu menerusi satu posting pada Rabu.

Bagaimanapun wanita itu kecewa apabila dituduh sebagai pendera oleh bekas isteri kepada suaminya.

Wanita itu beranggapan umur 12 tahun sudah sesuai untuk anak tirinya diajar dengan kerja-kerja rumah. (Gambar Hiasan)

"Sekarang jadi isu saya dera anak tiri minta buatkan kerja rumah dan cakap saya ajar anak dia kurang ajar.

"Bagi saya dah sesuai dengan umur anak untuk diasuh, lagi-lagi dia perempuan.

"Bila saya hantar anak kepada dia, terus dia kasi alasan nak kerja la itu ini. Tetapi tetap juga salah saya," ujarnya.

Menurut wanita itu lagi, biarpun mereka tiada ikatan, dia tetap ikhlas menyayangi anak tirinya itu.

Anak tiri pun dia tetap anak kita darah daging.

IBU TIRI

"Memang ibu tiri tak sama seperti ibu sendiri tetapi kita ada hati dan perasan sayang anak.

"Anak tiri pun dia tetap anak kita darah daging. Setiap hari ada je bahan dia. penat juga nak menghadap," luahnya.

Kata wanita itu lagi, anak tirinya sebelum ini tidak pernah diajar untuk melakukan kerja rumah.

"Bila saya tanya dia kata ibu tak pernah ajar apa-apa pun.

"Balik sekolah ibu beri phone sahaja," dakwa wanita itu lagi.

Wanita itu ikhlas mendidik anak tirinya. (Gambar Hiasan)

Posting berkenaan sehingga kini meraih lebih 1,200 tanda suka dan turut dihujani hampir 400 komen netizen.

Malah, ramai yang memberikan sokongan kepada wanita itu yang disifatkan ikhlas untuk mendidik anak tirinya.

"Apa yang puan buat tu adalah betul, biasalah bila ibu tiri akan nampak tak betul dan salah di mata orang. Tujuan untuk mendidik orang nampak mendera pula.

"Dah betul cara awak tu, cuma tak payahlah nak simpan dalam kepala apa ibu dia cakap.

"Mak dia yang tak biasakan anak dia buat kerja. Mak tiri bukan semua jahat," tulis beberapa netizen.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain