suria

Ibu 4 anak ditinggalkan suami selepas jadi buruan ah long, kabinet dapur jadi punca! - “Dia sakit hati dikejar hutang mamak Pakistan”

Gara-gara terjerat hutang ah long, wanita berkenaan tertekan kerana hidup dalam 'buruan' selain turut ditinggalkan suami. Gambar hiasan

NASI sudah menjadi bubur.

Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan situasi yang dialami seorang wanita gara-gara sikap terburu-burunya membuat pinjaman ah long.

Bukan sahaja diburu kerana berhutang, malah lebih menyedihkan rumah tangganya juga runtuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi 6 anak, bapa OKU sanggup cari helah... sakan shopping barang rumah, hakikatnya tak ada duit sesen pun! - “Saya biarkan tuan kedai mengira macam biasa”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal 5 anak dihalau suami! Merempat di masjid di Selangor sebelum tumpang homestay di Kedah berbekal RM100 - “Anak umur 14 tahun kerja tukang cuci”

Kisah wanita berkenaan diceritakan seorang aktivis masyarakat, Natipah Abu menerusi satu perkongsian di Facebook agar menjadi pengajaran bersama.

"Sejak dua, tiga hari yang lalu, Kak Pah telah dihubungi seorang wanita yang ditimpa kesusahan... menangis merayu bantuan. Kak Pah minta wakil kita turun jalankan sedikit siasatan dan mengesahkan dia memang hidup di dalam tekanan dan ketakutan sebelum Kak Pah sendiri bercakap dengannya.

"Segala masalahnya berpunca dari hutang ah long. Mula terjebak ah long gara-gara ingin lari dari hutang dengan mamak Pakistan yang menjual perabot bila dia membeli sebuah kabinet dapur secara hutang tanpa pengetahuan suaminya.



Wanita tersebut bertindak terburu-buru apabila terus mendapatkan pinjaman daripada ah long.

"Sakit hati dikejar hutang mamak Pakistan, dia meminjam ah long hanya dengan cara mengambil nombor telefon ah long yang ditampal pada tiang elektrik di tepi jalan," cerita Natipah.

Menerusi apa yang diceritakan wanita itu sendiri, wang yang dipinjamnya daripada ah long itu bukan sahaja digunakan untuk membayar hutang kabinet, sebaliknya digunakan untuk menampung perbelanjaan harian kerana wang yang diberi suami tidak mencukupi.

"Suaminya seorang penjawat awam. Ini perkahwinan keduanya dan dia janda beranak empat. Hutang mamak Pakistan selesai, dia kini dikejar ah long pula dan sehari dia perlu membayar RM37.

"Sebagai suri rumah yang tidak bekerja, jumlah itu sangatlah besar baginya. Tidak sikit pun si suami bersimpati dengan masalah si isteri walhal jumlah hutang itu tidaklah sebanyak mana pun. Tidak sampai RM2,000. Kata si suami 'pandai buat, pandailah tanggung', cerita Natipah.



Wanita itu kini tertekan kerana menjadi buruan ah long, malah tekanannya makin berganda selepas ditinggalkan suami.

Menurut Natipah lagi, lebih merunsingkan wanita itu, suaminya kini sudah lama tidak pulang ke rumah mereka.

"Sudah beberapa bulan anak-anak kandas sekolah. Sewa rumah pun sudah tiga bulan tertunggak. Makanan di rumah juga sudah kehabisan. 'Suami tak kata pun dia tak mau saya dah. Dia kata nanti dia hantar surat mahkamah'," ceritanya.

Menurut Natipah, wanita berkenaan kini terlalu tertekan kerana masalah rumah tangga dan menjadi buruan ah long yang mengugut mahu mengambil barangan di rumahnya sebagai cagaran hutang.

Dalam saat begini, saudara mara juga menjauhkan diri. Dan untuk membawa dia memulakan hidup baru, banyak langkah yang harus disusun.

NATIPAH ABU

AKTIVIS MASYARAKAT

"Yang pasti, kasihan sekali kepada anak-anak yang masih kecil. Tidak hanya menjadi korban runtuhnya rumah tangga ibu dan ayah pada awalnya, kini mereka turut mengalami tekanan emosi berhadapan dengan ah long.

"Dalam saat begini, saudara mara juga menjauhkan diri. Dan untuk membawa dia memulakan hidup baru, banyak langkah yang harus disusun. Bukanlah sesuatu mudah," cerita Natipah lagi.

Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati dengan nasib wanita berkenaan.



Natipah (depan) sudah 11 tahun berada dalam lapangan kebajikan dan misi kemanusiaan.

"Saya cadang kita buat kutipan sikit tolong kakak ni, kasihan dah nak sambut lebaran. Para suri berfikiran jauh jika kita punya anak-anak... kerana hutang kabinet dapur maka akibatnya sangat perit dan terkesan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dia dah buat keputusan salah. Dia dah dapat pengajaran. Usahlah kita mengecam dia seolah-olah satu hari nanti kita takkan buat keputusan salah dalam hidup.

"Semoga kes ni menjadi iktibar buat semua. Setiap orang biasa buat silap dan kesilapan ini pengajaran bermakna dalam hidup supaya tak berulang," demikian antara komen netizen.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain