PENDEDAHAN mengenai jenaka rogol yang didakwa dilakukan oleh seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Selangor ternyata mengejutkan ramai. Dakwaan yang dibuat oleh Ain Husniza Saiful Nizam, 17, yang bermula di platfrom video TikTok itu turut menarik perhatian pemimpin negara ini sehingga wujudnya tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace. Pada Sabtu, bapa kepada pelajar itu, Saiful Nizam Ab Wahab tampil berkongsi paparan skrin komen biadab menghina anaknya yang dibuat menerusi laman Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Guru buat jenaka rogol, KPM pandang serius dakwaan pelajar - “Kami tidak bertoleransi” ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu didakwa buat gurauan jenayah rogol, Wan Azizah gesa pendedahan pelajar diberi perhatian "Sekali pun marah, beginikah adabnya? Siapa yang kurang ajar agaknya ya?" tulis Saiful Nizam Dalam posting itu, dia memaparkan komen pelayar Facebook yang menggunakan nama Aimanaizad Sarimahmohammednor, dipercayai seorang pengetua sekolah. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Hipokritnya anak setan pakai tudung. "Ajarlah anak kurang ajar," tulis komen itu. Perkongsian berkenaan ternyata mencetuskan rasa marah netizen kerana bahasa yang digunakan disifatkan sangat biadab. Posting yang dikongsi bapa Ain di Facebook miliknya. Malah, ada netizen meninggalkan komen, memohon Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan segera terhadap wanita terbabit. "Speechless. Macam ni ke perangai seorang pendidik, pengetua pula tu. Menakutkan! Apa nak jadi dengan sistem pendidikan kita ni? "Moga dilindungi anak-anak dari guru-guru yang toksik. Kadangkala ia menjadi punca budaya sekolah juga toksik," tulis netizen. Sekali pun marah, beginikah adabnya? Siapa yang kurang ajar agaknya ya? SAIFUL NIZAM AB WAHAB BAPA Berdasarkan pemerhatian mStar, ada netizen yang memberi penjelasan bahawa komen itu bukan ditulis sendiri oleh pengetua berkenaan. Sebaliknya, ia ditulis oleh anaknya yang juga penghidap autism yang mana mereka berkongsi satu akaun Facebook yang sama. "Kepada yang komen bukan-bukan, Cikgu Sarinah share Facebook dengan anaknya yang autism. Beliau adalah cikgu saya yang sangat baik. Ain bersama bapanya. "Anaknya comment tanpa pengetahuan ibunya. We know her. She would never comment anything like this," dakwa Farah Wahidah di ruangan komen. Jelas wanita itu lagi, anak kepada pengetua berkenaan sudah berumur 25 tahun. "Dah 25 tahun. He go to school but still need guidance untuk hal-hal seharian and emotion control and tantrum. Sebab tu ada nama Aiman. Aiman tu anak dia yang autism," jelas wanita itu lagi. Untuk rekod, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Mohd Radzi Jidin pada 28 April lalu berkata pihak KKM memandang serius dakwaan oleh pelajar itu. Malah, mereka juga sedang melakukan siasatan mendalam atas dakwaan tersebut. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!