suria

Menteri Agama kenang arwah bonda, anggap siapa masih ada ibu sebagai beruntung - “Di situlah pelaburan pahala besar, mudah”

Luah Zulkifli, biarpun pemergian itu sudah lama, doa terhadap arwah ibunya tidak pernah putus.

TARIKH 9 Mei saban tahun diraikan sebagai Hari Ibu oleh masyarakat di seluruh dunia.

Bersempena Hari Ibu tahun ini yang jatuh pada Ahad, 27 Ramadan, ramai netizen turut membuat posting-posting apresiasi di laman sosial.

Tidak terkecuali tentunya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 6 tahun tinggal bersama, wanita anggap ibu mentua bagai BFF... sebak imbas saat umrah bersama di Makkah

ARTIKEL BERKAITAN: Si cantik tiada 2 batang gigi ‘famous’ selepas sertai media sosial, simpan kisah duka terpaksa berhenti sekolah jaga ibu sakit kanser

Menerusi Instagramnya pada Ahad pagi, beliau memuat naik satu posting mengenai Allahyarham ibunya, Ramlah Abas yang sudah 11 tahun meninggal dunia.

Dedah Zulkifli, dia dan adik beradik menggelarkan arwah ibunya dengan gelaran Cik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Awan berarak mendung saat ini seakan memahami gelojak hati saya pada hari ini.

Beliau membuat perkongsian itu menerusi Instagram pada Ahad pagi.

"11 tahun lalu pada 23 November, Cik tinggalkan kami adik beradik buat selamanya," tulisnya pada posting yang turut disertakan dengan gambar pusara.

Luah Zulkifli, biarpun pemergian itu sudah lama, doa terhadap arwah ibunya tidak pernah putus.

Terima kasih Cik kerana membesarkan kami adik beradik dan tidak putus-putus mendoakan kami.

DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

MENTERI DI JABATAN PERANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

Malah katanya, kuasa doa sangat mustajab dan mereka yang masih ada ibu dianggap sangat beruntung.

"Doa dan sedekah surah al-Fatihah sentiasa mengiringi ibuku yang tercinta. Doa ibu sangat mustajab.

"Setiap liku-liku perjalanan hidup kita yang ada antaranya menjadi resam dalam takdir-Nya, adalah asbab doa ibu.

"Beruntunglah mereka yang masih punya ibu kerana di situlah pelaburan pahala yang besar dan mudah.

Foto pusara Allahyarham ibunya.

"Sayangilah ibu selagi nafas masih ada, nadinya masih berdenyut," tulisnya.

Dalam posting sama, Zulkifli turut menzahirkan rasa penghargaan atas segala jasa dan pengorbanan Allahyarham sepanjang hayatnya.

"Terima kasih Cik kerana membesarkan kami adik beradik dan tidak putus-putus mendoakan kami.

"Saya akhiri dengan doa kepada semua ibu bapa kita yang telah pergi meninggalkan kita," tulisnya.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen mendoakan arwah ibu beliau menerusi Instagram.

Malah, ada yang turut berkongsi cerita mengenai perihal ibu masing-masing yang sudah lama meninggalkan dunia ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain