RAMAI yang mencari duit poket menjelang Aidilfitri. Bertemakan suasana rumah kampung dan sambutan Hari Raya, karya seni seorang pemuda menjadi perhatian sehingga menjadi tular di media sosial. "Ini adalah komisen raya setakat ini. Saya benar-benar merasakan mereka tinggal di kampung yang sama," tulisnya menerusi satu ciapan merujuk kepada lakaran-lakaran tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Karya seni secantik pelukisnya! Gadis ini gigih sewa kostum puteri legenda 4 negeri demi lengkapkan projek kad raya Aidilfitri ARTIKEL BERKAITAN: Aidilfitri kali ini nyata berubah, sampul 'tak berapa nak raya' dapat sambutan - "Saya ingat design tu pelik..." Pemuda berkenaan, Mohamad Fitri Roslan berkata, dia baru menamatkan pengajian di universiti dan menjadikan bakatnya dalam seni digital sebagai sumber mencari rezeki. Antara lakaran Fitri yang menjadi perhatian. foto IG FitrieRoslan Anak muda berusia 25 tahun itu bagaimanapun baru memulakan kerja-kerja seni tersebut secara bebas (freelance) selepas berjaya memiliki tablet hasil wang poket sendiri. "Selepas tamat pengajian tahun lepas, saya ada mohon kerja di beberapa syarikat tapi belum ada rezeki. Sekarang pula memang susah nak dapat kerja, kesan pandemik Covid-19. "Buat sementara waktu saya tolong mak ayah yang mengusahakan kedai makan. Dari tugas ambil order, angkat dan cuci pinggan mangkuk, buat air serta tukang buka dan tutup kedai semua saya lakukan. "Lepas beberapa bulan saya kerja kat kedai makan, barulah ada duit simpanan yang cukup untuk beli iPad (tablet)," katanya kepada mStar. Tema kampung dalam lakaran begitu dekat dengan masyarakat. Fitri berkata, pada mulanya dia menghasilkan lakaran atas permintaan rakan-rakan yang menempah sebelum menerima tawaran daripada peniaga-peniaga dalam talian. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Kebiasaannya saya akan muat naik apa yang saya buat di laman sosial. Bila dah kongsi, ramai komen ingatkan lakaran tu perempuan yang buat. "Mungkin identiti lakaran saya banyak menggunakan seni 'doodle' dan bermain dengan warna-warna pastel seperti merah jambu. Nampak macam comel-comel seperti lukisan buku kanak-kanak," ujarnya yang berasal dari Segamat, Johor. Fitri bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti di UiTM sebelum pandemik Covid-19. Menurut lepasan graduan Ijazah Sarjana Muda Fesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor itu, dia turut menerima tawaran untuk melakukan projek poskad dan sampul raya membabitkan jenama tempatan bagi produk penjagaan muka. "Walaupun saya tiada pengalaman, tetapi mereka percaya dengan hasil kerja saya. Tak sangka lakaran yang saya buat guna iPad baru ni boleh buat duit. Selepas tamat pengajian, saya ada mohon kerja di beberapa syarikat tapi belum ada rezeki FITRI "Yelah, saya belajar fesyen tapi sebenarnya tak berapa mahir menjahit. Jadi kemahiran saya lebih kepada lakaran sehingga terasil karya-karya seni kreatif yang boleh dapat komisen," kata anak sulung daripada dua beradik itu. Fitri berkata, bermula serendah RM8 upah yang diterimanya daripada rakan-rakan, dia bersyukur menerima komisen menerusi karya seni sehingga ratusan ringgit. Antara karya seni Fitri ketika mengambil jurusan fesyen di UiTM. "Berdasarkan sambutan yang menggalakkan ini, saya beralih kepada bisnes secara kecil-kecilan dengan menjual tote bag dan poskad yang memaparkan lakaran saya sendiri. "Baru bermula Februari lalu, ia dijual di platform beli-belah dalam talian. Setakat ni antara 40 hingga 50 beg telah terjual," katanya. Siapa sangka pemuda ini sebenarnya mencuba nasib dengan memohon pekerjaan di beberapa syarikat selepas tamat pengajian tetapi belum menerima sebarang tawaran. "Saya faham sekarang ni banyak syarikat terkesan dengan pandemik Covid-19. Jadi saya mencuba nasib dengan bisnes seni digital saya. Syukur ada komisen raya untuk saya tahun ini," katanya dengan nada teruja. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!