suria

Bridesmaid sebak ditarik pengantin naik atas rumah selepas selesai nikah, sanggup curi masa buat kejutan - “Saya ingat dia nak luah tentang perkahwinan”

Pengantin membuat kejutan hadiah buat sahabatnya yang juga salah seorang pengiring (bridesmaid).

ORANG lain yang kahwin, orang lain yang dapat hadiah.

Begitulah yang dialami seorang gadis apabila menerima kejutan hadiah berupa seutas jam tangan sejurus selepas rakannya sah bergelar isteri.

"Kawan saya yang cantik selamat nikah dengan pasangan pilihannya. Selepas nikah, dia tarik saya masuk bilik sebab nak tunjuk sesuatu," tulis gadis itu menerusi video di aplikasi TikTok, sambil menunjukkan rakannya yang berbaju pengantin ketika membuat kejutan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki menangis baca mesej dihantar sahabat 'mulut laser' malam pertama selepas nikah - "Paling terkesan point kedua..."

ARTIKEL BERKAITAN: 'Terover' gemuruh sebab gadis pilihan sah jadi isteri, pemuda disangka ada 'apa-apa' dengan pengapit - "Nanti slow talk suami isteri dalam bilik sebelum tidur ya"

Gadis berkenaan, Aiena Abdul Shukor berkata, rakan baiknya itu melangsungkan pernikahan pada 3 Mei lalu dalam majlis serba ringkas.



Aiena (tudung putih) merupakan sebahagian daripada pengiring pengantin.

Menurut Aiena, dia sememangnya tidak menyangka menerima kejutan sempena hari ulang tahunnya ke-25 kerana sahabatnya itu begitu sibuk membuat persiapan perkahwinan.

"Hari jadi saya sebenarnya pada 26 April lalu, tapi disebabkan dia (rakan baik) sibuk untuk membuat persiapan perkahwinan, jadi hanya ucapan sebagai tanda ingatan.

"Tapi saya tetap bersyukur dan gembira kerana dalam kesibukan dia untuk bergelar isteri, dia masih ingat hari ulang tahun saya," katanya kepada mStar.



Aiena (kanan) bersama pasangan pengantin.

Aiena yang merupakan salah seorang pengiring pengantin (bridesmaid) berkata, dia menerima hadiah tersebut apabila selesai majlis pernikahan pada sebelah malam.

"Jika ikut perancangan awal, sahabat saya itu bernikah akhir bulan ini. Tapi pernikahan diawalkan sebelum pengumuman PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

"Sebenarnya saya dah ada hadiah untuk dia tapi rancangnya nak beri pada majlis persandingannya yang dijadualkan akhir bulan ini," ujarnya yang berasal dari Rawang, Selangor.



Pasangan pengantin bersama pengiring lelaki dan perempuan. Turut kelihatan Aiena (duduk, kiri).

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dia mengenali sahabatnya yang merupakan pengantin perempuan berusia 26 tahun, kira-kira enam tahun lalu.

"Sahabat saya ni baik orangnya dan suka mengambil berat. Kami memang rapat. Banyak hal dan perkara kami kongsi bersama termasuk masalah dan luahan hati masing-masing.

Sahabat saya ni baik orangnya dan suka mengambil berat. Banyak hal dan perkara kami kongsi bersama termasuk masalah dan luahan hati masing-masing

AIENA

"Masa dia tarik saya naik ke bilik atas tu pada mulanya saya ingat ada perkara dia nak luahkan mengenai perkahwinan sebab baru lepas nikah.

"Tak sangka pula ada kejutan. Mulanya kami tenang, cool je. Bila turun tangga ke ruang tamu, kami sama-sama sebak sebab terlalu emosi," katanya.



Hubungan dua sahabat ini begitu akrab.

Dalam pada itu, Aiena memberitahu dia sebenarnya mahu pulang awal pada malam berkenaan kerana perlu bertugas seawal pukul 7.30 pagi keesokan harinya.

"Majlis nikah berlangsung pada hari bekerja dan saya ambil cuti separuh hari. Jadi, saya tak boleh balik lewat sangat sebab perlu cukup rehat. Itu pun dah hampir pukul 11 malam.

"Tapi saya lebih terharu pada sahabat saya kerana dia sanggup berhenti sekejap sesi photoshoot pengantin semata-mata nak sampaikan hadiah hari jadi untuk saya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Selepas sesi kejutan hadiah tu barulah dia sambung semula sesi bergambar. Dari sepatutnya menjadi tetamu balik paling awal, saya kemudian jadi yang terakhir pulang selepas tengah malam.

"Tapi saya okay. Bukan sebab dapat hadiah, tapi terharu bila orang yang paling sibuk jadi pengantin, tapi masih ingat sahabat dia. Saya mendoakan agar sahabat saya menikmati kebahagiaan rumah tangga sehingga ke akhir hayat dan persahabatan kami berkekalan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain