GARA-gara penangan video juadah yang dihasilkan oleh selebriti masakan, Khairulaming, seorang lelaki cuba untuk membuat kuih keria buat isterinya. Menerusi satu video yang dikongsi di aplikasi TikTok, kuih keria yang dihasilkannya itu kelihatan menjadi sehinggalah ia selesai digoreng. Bagaimanapun, beberapa biji kuih keria dilihat melekat pada piring meskipun telah diterbalikkan. ARTIKEL BERKAITAN: Anak nak tiru resipi, ibu jadi mangsa kena drive beli barang... video membebel 'ni semua Khairulaming punya pasal' terus tular! ARTIKEL BERKAITAN: Wow... kebakaran merata-rata, ikan masak bunga api pula gempak habis! Khairulaming janji 'belanja' 30 resipi sepanjang Ramadan "Kami namakan keria ni upside down," kata lelaki itu dengan kedengaran suaranya ketawa bersama isteri. Kuih keria masih melekat pada piring yang diterbalikkan. Lelaki berkenaan, Izwandy Md Noor berkata, dia menghasilkan kuih keria sendiri pada Sabtu lalu atas permintaan isterinya. Pemuda berusia 28 tahun itu bagaimanapun menjelaskan bahawa isterinya bukan mengidam kerana hamil, sebaliknya menggemari kuih tersebut. "Isteri saya tak hamil, tapi dia memang suka makan kuih keria. Sebelum ni kerap juga saya singgah bazar Ramadan belikan kuih keria untuk isteri. "Tapi tak beli lagi sejak penutupan bazar Ramadan kerana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Jadi, dia suarakan kat saya yang dia teringin nak makan," katanya kepada mStar. Adunan tepung untuk membuat kuih keria. Lebih mesra disapa Wandy, dia mengambil inisiatif untuk menghasilkanya sendiri sebagai tanda menghargai isterinya yang rajin melakukan kerja-kerja rumah. "Isteri rajin memasak dan mengemas rumah. Saya fikir nak bagi reward (ganjaran) kat dia dengan buat kuih keria. Jujurnya, saya tak pandai memasak, apatah lagi buat kuih tapi isteri mengidam nak makan. Isteri saya tak hamil, tapi dia memang suka makan kuih keria. Sebelum ni kerap juga saya singgah bazar Ramadan belikan kuih keria untuk isteri. WANDY "Sebenarnya isteri rajin tengok video-video masakan Khairulaming, ada je yang hendak dicubanya. Jadi saya pun mencuba membuatnya sendiri dengan menonton video Khairulaming. "Saya sengaja bagi kejutan sebab masa tu isteri tiada di rumah. Berulang kali juga saya tengok sambil buat," ujarnya. Kuih keria yang telah siap digoreng. Selepas membeli bahan-bahan untuk membuat kuih, kata Wandy, dia menghasilkan 1 kilogram adunan tepung dengan mengambil masa kira-kira sejam. "Bila dah siap, memang nampak elok tapi bahagian luarnya keras sampai melekat kat piring. Entah di mana silapnya. Tapi mak saya kata kena letak itu, tambah ini untuk kasi okay. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Bahagian dalam sebenarnya lembut dan sedap dimakan. Saya dan isteri makan untuk berbuka puasa sehingga ke sahur," katanya yang baru mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu. Wandy (kanan) menghasilkan sendiri kuih keria sebagai tanda menghargai isterinya. Walaupun melekat keras pada piring, Wandy yang merupakan kakitangan di stesen radio Suria FM bersyukur kerana kuih keria yang dihasilkannya mendapat pujian daripada isteri. "Isteri kata sedap, elok je makannya. Siap minta saya buat lagi. Tapi saya serik, takut mengeras jadi kuih keria upside down lagi. "Ni gara-gara video masakan Khairulaming la. Nak ikut macam dia buat tapi tak jadi sangat. Nasib baik sedap dimakan. Selepas ni, beli sajalah," ujarnya secara berseloroh. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!