SETIAP wanita yang melalui proses melahirkan anak pastinya mahu ditemani oleh suami mereka. Namun, lain pula kisah wanita ini apabila dia terpaksa berjauhan dengan keluarganya ketika sedang bersedih selepas mengalami keguguran anak keempat. Kisah wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dikongsi oleh Yunizam Yusof atau Abam Botak yang terkenal dengan perhkhidmatan van jenazah percuma di sekitar Sandakan, Sabah. ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu kelu, 2 kali tumpah air mata lihat bapa daif 5 jam peluk jenazah anak, “Dia masuk van, kami dah mula menangis” ARTIKEL BERKAITAN: Baru nak solat sunat Aidilfitri, diminta urus jenazah... Abam Botak terkilan kenang mayat dibungkus dengan plastik, disirami hujan Menurut pemuda berusia 33 tahun itu, dia menerima panggilan daripada wanita itu pada pagi Jumaat sebelum proses menghantarnya pulang dari Hospital Sandakan ke kediamannya di Kampung Minusoh, Pinangah dilakukan pada petang hari yang sama. "Pagi tu saya sedang uruskan jenazah. Kemudian dapat panggilan daripada wanita itu. Tapi panggilan terputus. Rupa-rupanya dia tak cukup baki kredit untuk buat panggilan. Yunizam menjalankan khidmat van jenazah percuma di sekitar Sandakan. "Dia memang mengharapkan saya hubungi semula. Selepas dihubungi, dia minta hantar balik dari hospital ke rumahnya pada pagi itu. "Tapi kami tengah uruskan jenazah. Jadi dia dihantar pada waktu petang, perjalanan ke rumahnya di kawasan pedalaman mengambil masa tiga jam," ujarnya yang mesra disapa Yunizam kepada mStar. Dia dan suami hanya bekerja sendiri, bercucuk tanam dan menanam padi di kampung mereka. YUNIZAM Dedah Yunizam lagi, suami wanita itu tidak dapat menemaninya di hospital memandangkan ada tiga anak mereka yang perlu dijaga. "Ibu muda tu baru berusia 39 tahun. Tapi dia nampak tenang sahaja. Nampak macam bukan seorang ibu yang mengalami keguguran. "Menurutnya, dia dan suami hanya bekerja sendiri, bercucuk tanam dan menanam padi di kampung mereka. Saya syak ibu muda ini keguguran mungkin sebab terlalu penat bekerja di sawah. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Sebabnya semasa dia bekerja di semenanjung, anak pertama hingga ketiga dapat dilahirkan dengan selamat. "Namun yang keempat ini, mereka sudah balik kampung dan melakukan kerja-kerja kampung sahaja dan hidup mereka juga sederhana sahaja," ujar Yunizam panjang lebar. Ceritanya lagi, kepulangan wanita itu turut disambut dengan air mata oleh suami dan anak-anak di kediaman mereka yang serba daif di kampung itu. Keadaan rumah wanita itu. Menurut Yunizam lagi, dia sebak mengenangkan nasib wanita itu sekeluarga biarpun berbeza latar belakang agama dengan mereka. Malah katanya, wanita itu banyak mendiamkan diri sepanjang perjalanan dia dihantar dengan menaiki van jenazah miliknya. Bercerita mengenai usaha murni yang sudah lama diusahakannya itu, Yunizam berkata kini terdapat hanya dua buah van jenazah percuma yang disediakannya memandangkan kenderaan lain sudah rosak dan tidak boleh digunakan. Malah, Yunizam turut berbesar hati jika ada mana-mana pihak di luar sana mahu menghulurkan sumbangan buat dia dan pasukan dalam meneruskan misi murni itu. Yunizam boleh dihubungi di talian 014-8333310. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!