PERKONGSIAN foto Aidilfitri ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini ternyata meraih perhatian ramai. Dalam dua keping foto di Twitter miliknya, Nur Suhaila Mohamad, 29, memaparkan transformasi fizikal yang berlaku antara tahun 2019 dan 2021. Mesra disapa Lala, dia ketika dihubungi mStar sempat bercerita panjang mengenai kisah di sebalik transformasi fizikalnya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Siam jelita imbas kenangan naik motor pusing kampung, siap kutip duit raya sampai RM300... tahun ini tak sabar nak sambut lagi ARTIKEL BERKAITAN: Nurse di Arab Saudi sebak dah 2 tahun tak dapat balik Malaysia, rupa-rupanya ada hikmah menanti di akhir Ramadan sampai ke Syawal! "Gambar raya masa tahun 2019, berat badan saya 98 kilogram (kg). Sekarang berat saya 70 kg. Mula-mula saya kongsi di Instagram, kemudian tak sangka pula viral di Twitter. "Masa kahwin dulu saya bukanlah gemuk. Kemudian saya jadi berisi selepas melahirkan anak kedua. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Masalah rumah tangga yang membawa kepada penceraian pada tahun 2020 merupakan antara sebab kenapa saya nak ubah diri," ujarnya. Menurut pengusaha bunga-bungaan segar itu, dia banyak melakukan kaedah diet puasa berselang atau 'intermittent fasting' di samping senaman untuk menguruskan badan. Lala berkongsi foto terbaharu itu menerusi Twitter. "Sejujurnya, sepanjang hidup saya tak pernah exercise sehinggalah saya terdetik untuk buat perubahan pada 2019. "Nak kata puasa pun saya tak strict sangat. Saya makan je apa yang saya nak, cuma kurangkan benda manis. "Saya biasanya buat smoothie campur oat, letak buah dan yogurt. Saya sasarkan untuk capai berat 65 kg. Sebenarnya awareness pasal ibu tunggal ni saya selalu buat di Instagram. LALA "Saya nak kurus untuk diri sendiri. Bila gemuk, saya jadi sakit kaki, malas, rasa lesu. Saya pun tak suka nak work out kat rumah. "Disebabkan saya suka lihat pemandangan, saya buat exercise berjalan kaki sejauh lima kilometer (km). "Saya dapati, sekarang kurang sakit lutut dan pinggang. Badan pun rasa ringan," ujarnya lagi. Foto dikongsi Lala raih perhatian ramai di Twiter. Menurut Lala yang menetap di Shah Alam, Selangor, dia juga menggunakan platform media sosial miliknya untuk memperkasa golongan ibu tunggal. Malah, dia turut terbuka sekiranya ada yang bertanya mengenai perihal itu mahupun kecergasan diri menerusi media sosial. "Sejujurnya ramai orang mesej minta tip. Tapi kebanyakannya ramai ibu tunggal mesej saya, minta nasihat. "Sebenarnya awareness pasal ibu tunggal ni saya selalu buat di Instagram," ujarnya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!