BERCAKAP mengenai menu Hari Raya paling popular, macam-macam hidangan terbayang di fikiran. Pelbagai juadah seolah-olah wajib dimakan pada pagi 1 Syawal termasuklah lemang, ketupat, rendang ayam atau daging, nasi himpit bersama kuah kacang, sate serta lontong. Namun, sekumpulan wanita di media sosial bertindak menterjemahkan menu Aidilfitri dan suasana lebaran masing-masing menerusi solekan seperti lampu raya, bulan sabit, biskut Lidah Kucing, duit raya, biskut Cherry Oat dan paling mendapat perhatian adalah lontong. ARTIKEL BERKAITAN: Cayalah! Baru 11 tahun tapi bakat mekap taraf profesional, Iris cabar diri idam solek Neelofa ARTIKEL BERKAITAN: Wow mekap ilusi! Belajar di YouTube je, gadis buat magik pada wajah sendiri, tapi belum ada keberanian solek orang lain Gadis 'lontong', Wan Farah Nadia Wan Iskandar berkata, setiap solekan itu dihasilkan atas kreativitinya bersama rakan-rakan yang mahu menampilkan kelainan pada Hari Raya Aidilfitri kali ini yang sekali lagi disambut ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Farah menggemari juadah lontong pada Hari Raya Aidilfitri. Lebih mesra disapa Farah, dia bagaimanapun menjelaskan dirinya bukanlah jurusolek (MUA) tetapi minat dalam bidang solekan sejak 2016 dengan menghasilkan video-video mekap. "Bukan semua daripada enam orang yang buat mekap itu adalah MUA, ada yang mempunyai pekerjaan tetap lain seperti saya, malah ada yang merupakan suri rumah. "Saya minat mekap tapi belum bersedia untuk menjadikannya sebagai punca pendapatan sampingan kerana tak yakin dapat mekap orang lain dengan cantik," katanya kepada mStar. Berkongsi kisah solekan 'lontong', gadis berusia 27 tahun itu memberitahu ia merupakan menu kegemarannya setiap kali ketibaan 1 Syawal. Farah meletakkan props pinggan sebelum mula bersolek. "Tapi ibu saya tak masak lontong sebagai menu raya, saya pula tak pandai nak buat lontong. Jadi, saya cuma dapat makan lontong bila menziarahi rumah jiran-jiran dan saudara-mara. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "PKP tak membenarkan ziarah Aidilfitri, tak dapatlah saya makan lontong. Tapi, raya kali ini pertama kali saya tak dapat makan lontong kerana tahun lepas abang ipar bawa juadah lontong ke rumah. "Jadi, saya lepas geram kerana kempunan tak dapat makan lontong dengan menghasilkan solekan berinsipirasikan makanan itu," ujarnya yang menetap di Semenyih, Selangor. PKP tak membenarkan ziarah Aidilfitri, tak dapatlah saya makan lontong. Tapi ini raya pertama saya tak dapat makan lontong kerana abang ipar bawa juadah lontong ke rumah pada raya tahun lepas FARAH Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, di kala ramai sibuk membuat persiapan menjelang Hari Raya, dia pula menghabiskan masa dengan bersolek di bilik. "Saya mekap pada malam sebelum raya. Mak sibuk buat rendang di dapur, saya pula sibuk duduk bersolek dalam bilik. "Jangan salah faham, mak saya tak berapa gemar orang tolong-tolong dia masak kerana mengganggu katanya, jadi dia lebih suka masak sendiri," katanya. Farah meletakkan props sebelum mewarnakannya. Farah berkata, dia mengambil masa kira-kira empat jam untuk menghasilkan solekan 'lontong' di mana dua jam sahaja dihabiskan untuk membuat props. "Props tu menggunakan tanah liat untuk membentuk nasi himpit, telur rebus dan ramuan lain sebelum mewarnakannya. Selepas itu saya mekap dan tampal satu-satu pada muka. "Memang mencabar terutama nak tampal 'pinggan' pada muka. Hidung, mulut dan sebelah mata saya ditutup dengan props. Hanya sedikit ruang di mata kiri yang terbuka," katanya. Farah yang bertugas sebagai kerani pentadbiran itu berhasrat untuk belajar cara masak lontong bagi membolehkannya menikmati makanan itu pada masa akan datang. "Nanti saya belajar masak tengok resipi atau video YouTube. Kalau saya dah pandai buat sendiri nanti, taklah kempunan lagi," ujarnya secara berseloroh. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!