KETIKA kes Covid-19 mencatatkan peningkatan ketika ini, kebanyakan individu mahupun syarikat mengambil inisiatif untuk melakukan ujian calitan (swab test) sebagai langkah pencegahan. Jika ditelusuri di media sosial, ramai individu berkongsi video pengalaman masing-masing ketika menjalani ujian tersebut. Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok satu video lucu menunjukkan seorang wanita tergelak ketika petugas kesihatan sedang melakukan ujian berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Sayu lihat warga emas kena swab test, doktor serik asyik hadap dialog ‘mak ayah positif Covid-19’ - “Doa mereka tak menyumbang angka kematian” ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak sampai hati, tapi 2 anak kecil tenang semasa hidung dijolok sampaikan dipuji good boy! - “Mereka cuak lihat petugas pakai PPE” Video tersebut meraih hampir 50,000 tontonan kurang dari 12 jam sejak ia dimuat naik pada Jumaat! Berkongsi cerita dengan mStar, Nurul Farhana Shafee berkata insiden lucu tersebut berlaku pada Jumaat pagi ketika seluruh staf di syarikat tempatnya bekerja dikehendaki menjalani ujian calitan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Ini pengalaman pertama saya jalani ujian swab. Memandangkan kes Covid-19 makin naik termasuk di Alor Setar, syarikat tempat saya bekerja ambil inisiatif buat ujian sebagai langkah pencegahan. "Masa tunggu giliran, saya nervous juga bila tengok rakan-rakan lain. Saya ambil giliran yang belakang-belakang sikit. Masa tiba turn, rakan saya, Nur Faiqah kata nak rakam. Syarikat tempat Nurul Farhana bekerja mengambil inisiatif melakukan ujian calitan kepada staf sebagai langkah pencegahan. "Saya pun tak kisah... tapi tak jangka sebegitu sekali reaksi saya ketika batang swab dijolok dalam lubang hidung. Nampak macam lucu, tapi masa tu saya rasa tengah tahan sakit. "Masa mula-mula masuk hidung okay saja tapi bila ia ke dalam, saya mula rasa geli dan sakit... itu yang keluar suara secara spontan. Semua gelakkan saya masa tu termasuk bos yang duduk di belakang saya ketika itu," ceritanya. Menurut wanita berusia 29 tahun ini, bagaimanapun kesakitan tersebut tidak berlarutan walaupun hidungnya mengalami sedikit pendarahan selepas ujian berkenaan. "Tak lama lepas tu dah okay. Sekarang kami hanya tunggu keputusan ujian. Saya harap keputusan kami semua negatif," ujar ibu kepada seorang cahaya mata berusia 10 tahun ini. Nurul Farhana (kiri) dan rakannya Nur Faiqah (kanan) yang merakamkan dan memuat naik video insiden lucu itu di TikTok. Katanya, dia mengetahui videonya menjadi tular selepas dimaklumkan oleh rakannya yang memuat naik video tersebut di TikTok. "Lucu juga bila tengok video tu... mula-mula kawan-kawan dekat tempat kerja gelakkan saya, sekarang satu Malaysia pula. Tapi saya okay saja, lagipun ramai yang komen mereka terhibur bila tengok video tu," ujarnya yang bekerja di sebuah syarikat di Mergong, Alor Setar, Kedah. Dalam pada itu, Nurul Farhana berkata dia kagum dengan petugas barisan hadapan yang tabah dan dedikasi menjalankan tugas demi kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia. Masa mula-mula masuk hidung okay saja tapi bila ia ke dalam, saya mula rasa geli dan sakit... itu yang keluar suara secara spontan. NURUL FARHANA SHAFEE "Sehari cuba bayangkan mereka kena lakukan beribu-ribu ujian swab... begitu juga yang merawat. Dengan memakai sut PPE lagi, entah berapa jam sahaja mereka boleh berehat dalam sehari," ujarnya. Tambahnya, rakyat Malaysia sewajarnya menjadi individu yang bertanggungjawab dan memberi kerjasama kepada petugas barisan hadapan agar sama-sama dapat memerangi virus Covid-19. "Memang kena biasakan dengan norma baharu ketika ini. Segala rutin berubah. Saya dulu selalu pergi ke pasar dengan suami setiap kali cuti, tapi kini hanya suami seorang yang pergi ataupun kami pilih khidmat penghantaran. Sebahagian komen netizen yang terhibur dengan gelagat spontan Nurul Farhana. "Dulu kalau hujung minggu, mesti nak keluar jalan-jalan dengan keluarga tapi tidak lagi sekarang. Pusat membeli belah pun terlalu jarang pergi sekarang. "Kalau perlu keluar, patuhilah SOP. Pakai topeng muka sentiasa, jaga penjarakkan dan amalkan kebersihan dengan kerap mencuci tangan. Sama-sama kita bekerjasama untuk putuskan rantaian Covid-19," ujarnya lagi. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!