BUKAN sekadar menyanyi secara suka-suka, sebaliknya remaja ini ada perancangan mengenai masa depannya. Menurut Muhammad Aliff Hakimiey Yuswade, 18, dia yang baru menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyimpan hasrat menjadi pelajar bidang muzik dan bergelar penyanyi suatu hari nanti. Kisah remaja dari Kubang Kerian, Kelantan itu mendapat perhatian ramai selepas dia berkongsi video-video nyanyian di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Suara bak nyanyian dalam mimpi, ada kata penuntut UiTM ini boleh dodoi tidur... belum dengar full version lagi tu! ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ‘rindu ex’ nyanyi di tangga, kawan rakam pun tak sedar... tahu-tahu ramai offer jadi pengganti! Ketika dihubungi mStar, dia yang mesra disapa Aliff mendedahkan minat itu sebenarnya sudah bercambah sejak zaman sekolah rendah lagi. "Saya mula menyanyi ketika berusia 12 tahun. Tapi pada waktu itu menyanyi biasa-biasa saja. Menyanyi secara tak serius sebagai hobi. "Kemudian saya belajar memetik gitar ketika umur 13 tahun. Saya belajar asas bermain alat muzik menggunakan YouTube. Saya juga belajar teknik vokal di YouTube. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Mula-mula tak ada niat nak jadi penyanyi pun, sebaliknya saya nak jadi pilot. Sekarang cita-cita tu 50/50. Selain menyanyi, Aliff juga berkebolehan bermain gitar. "Saya serius nak masuk bidang nyanyian, saya juga sudah buat permohonan untuk belajar bidang muzik," ujar anak pertama daripada tiga beradik itu. Tambah Aliff, dia menjadikan penyanyi Khai Bahar sebagai idolanya sejak sekian lama. Selain aplikasi Smule yang popular suatu masa lalu, Aliff kini banyak berkongsi video nyanyian menerusi Instagram, YouTube dan TikTok. "Sejak umur 12 saya mengidolakan Khai Bahar. Saya mula menyanyi di Smule. Lepas tu saya hasilkan video YouTube. Saya tak menolak rezeki jadi penyanyi. Kalau belajar dalam bidang ini, jadi cikgu muzik pun boleh. ALIFF "TikTok pula baru bermula awal tahun ini. Alhamdulillah keluarga pun beri sokongan," ujarnya. Kata Aliff, dia bersemangat bukan sahaja kerana sokongan keluarga, malah teruja dengan komen positif netizen di media sosial. Malah katanya, komen bersifat toksik pula diabaikan dan dianggap sebagai pembakar semangat sahaja. "Dengan komen-komen positif, saya rasa bersemangat untuk teruskan minat. Ada juga komen toksik, mereka kata suara sengau dan sebagainya tapi saya tak hiraukan. Aliff menjadikan penyanyi Khai Bahar sebagai idola. "Saya nak ucap terima kasih kepada semua yang sokong. Saya tak sangka boleh sampai tahap ini. Tanpa mereka siapalah saya," ujarnya lagi. Menurut Aliff lagi, dia juga menerima komen yang memuji paras rupanya dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai gurauan semata-mata. Dedah Aliff lagi, dia juga ada 'dirisik' dua label muzik, namun belum meneruskan apa-apa proses memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih belum berakhir. "Setakat ini ada satu atau dua label panggil, tapi saya pun tak pasti, dengan PKP lagi. "Saya tak menolak rezeki jadi penyanyi. Kalau belajar dalam bidang ini, jadi cikgu muzik pun boleh," ujarnya lagi. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!