suria

Sekat dakyah antivaksin, Khairulaming guna kuasa media sosial sebar kesedaran... ajak pengikut kongsi kisah vaksinasi ibu bapa, atuk nenek

Khairulaming menggunakan platform media sosial untuk menyebarkan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan mengambil suntikan vaksin Covid-19.

KETIKA kerajaan dan para petugas barisan hadapan (frontliners) sedaya upaya menggalakkan rakyat di negara ini mengambil vaksin Covid-19, namun kemunculan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat tidak tepat sedikit sebanyak menjejaskan usaha ini.

Golongan yang dikenali sebagai antivaksin ini aktif menggunakan media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan medium lain untuk menyebarkan 'dakyah' mereka untuk mempengaruhi orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M bidas individu sebar dakyah mengenai vaksin Covid-19 - “Kalau dia mati, Mak Teh yang bertanggungjawab”

ARTIKEL BERKAITAN: Produk kena ciplak, Khairulaming frust sampai tak tidur malam... pembeli mengadu dapat ‘Sambal Nyet’ busuk dan basi! - “Jangan la khianat orang...”

Antaranya, mereka mengaitkan vaksin Covid-19 sebagai agenda terancang pihak barat, mendakwa ia adalah racun sehingga menyebabkan komplikasi yang boleh membawa maut, malah lebih ekstrim ada yang menggelarkan vaksin sebagai 'dajjal'.

Golongan yang mudah terpengaruh dengan penyebaran mengenai vaksin Covid-19 sudah tentulah warga emas.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Malah ramai dalam kalangan golongan ini terang-terangan menolak untuk mendapatkan suntikan sedangkan mereka termasuk dalam kelompok yang berisiko.



Khairulaming membuat hebahan di Twitter dan mengajak orang ramai berkongsi kisah masing-masing.

Terpanggil untuk mengulas mengenai perkara ini, selebriti media sosial berpengaruh, Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman tampil menyebarkan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan mengambil vaksin khususnya dalam kalangan warga emas.

Menggunakan 'kuasa' pengaruh media sosialnya, Khairulaming yang mempunyai 3.2 juta pengikut di Instagram dan 796,500 di Twitter membuat hebahan serta meminta pengikutnya berkongsi kisah vaksinasi ibu bapa atau datuk nenek masing masing agar menjadi 'inspirasi'.

"Kalau parents anda masih tak yakin nak ambil vaksin, tolong tunjukkan mereka Ig Stories saya.

"Saya dah reposted sebanyak mungkin gambar-gambar warga emas yang dah selamat ambil vaksin, termasuk yang berumur 90 lebih.

"Ada beratus lagi stories yang orang ramai dah tag tapi belum repost lagi," katanya dalam ciapan di Twitter.



Terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat tidak benar mengenai vaksin. Gambar hiasan

Tambah jejaka yang terkenal dengan tagline 'Hey what's up guys' ini lagi, adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk meyakinkan ibu bapa masing-masing mengenai kepentingan mengambil suntikan vaksin Covid-19.

"Mak ayah sebenarnya dia nak Covid-19 ni berakhir tapi mungkin dia terpengaruh dengan geng antivaksin.

"Sebab itu saya compile sebanyak mungkin gambar makcik pakcik dalam usia sedemikian untuk yakinkan lagi diaorang. Bantu saya untuk sebarkan mesej ini.

"Maaf sebab tak dapat repost semua gambar tapi tolong teruskan berkongsi di media sosial masing-masing.

"Jika anda mampu buat seseorang untuk menukar pemikiran mereka pun dah sangat-sangat awesome dah. Ini adalah usaha bersama, kita semua kena all out buat sama-sama untuk sebar kesedaran,"tulisnya lagi.

Mak ayah sebenarnya dia nak Covid-19 ni berakhir tapi mungkin dia terpengaruh dengan geng antivaksin.

KHAIRULAMING

SELEBRITI MEDIA SOSIAL

Sehingga kini ciapan selebriti tersebut meraih lebih 20,900 retweet.

Dalam pada itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan sokongan selain memuji pendekatan selebriti media sosial tersebut.

Malah ramai di antara mereka berkongsi wajah gembira ibu bapa serta datuk masing-masing yang memegang plakad 'Saya Telah Divaksinasi'.



Khairulaming menggunakan 'pengaruh' media sosialnya mengajak orang ramai menyebarkan kesedaran mengenai kepentingan vaksinasi.

"Nenek saya yang berusia 73 tahun. Mula mula reluctant jugak. Kemudian cakap perlahan-lahan mereka okay. Kadang-kadang mereka mahu sedikit jaminan.

"Abah saya pun dah complete dua dos vaksin. Mula-mula sangat risau sebab ada banyak mulut duk kata benda buruk-buruk kalau dah vaksin. Lebih-lebih lagi abah tengah pulih daripada minor strok. Tapi Alhamdulillah, lepas vaksin takda simptom pelik-pelik.

"Nenek saya umur 84 tahun. Mulanya takut juga, batal temujanji pertama sebab kesihatan tak stabil. Kemudian reschedule balik. aAlhamdulillah sekarang dah hari ke-4. Masih tiada kesan yang kuat, hanya sakit badan sahaja," demikian antara perkongsian netizen.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain