suria

Kerana minat main game, pelajar ini mampu penuhi impian dalam 3 hari je - “Saya tak nak lalai, masa itu emas”

Transformasi bilik game remaja itu tular di TikTok.

BAGI mana-mana kaki game atau gamers, mereka pastinya mengimpikan satu ruang khas untuk 'menghidupkan' hobi itu.

Begitu juga dengan pelajar ini apabila dia mengubah bilik kosong menjadi sebuah 'gaming room' pada minggu lalu.

Malah, video transformasi bilik oleh Ed Ghazali Efendi Mohd Nor Efendi itu turut meraih lebih 300,000 tontonan di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: PUBG 'jodohkan' pasangan polis dan tentera, “Keluarga terkejut, betul ke kenal dalam game?”

ARTIKEL BERKAITAN: Demi PS4! Gigih budak 10 tahun jual jus mangga, siap ada peminat... tak menang tangan lepas viral di Twitter

Mesra disapa Ed, pelajar berusia 18 tahun itu mengakui sudah lama memendam hasrat sehinggalah ia dizahirkan menjadi realiti pada minggu lalu.

"Ia sebenarnya bilik kosong, saya tukar kepada bilik game. Saya buat pada minggu lalu dan ia mengambil masa selama tiga hari dengan bantuan seorang rakan.

Kata Ed, dia minat bermain game sejak kecil lagi.

"Idea timbul bila saya selalu tengok bilik gaming YouTuber luar negara. Memang dah lama saya nak buat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Semua barang beli baharu. Televisyen, set komputer, monitor... rasa bersyukur bila dah siap," ujarnya kepada mStar.

Menurut Ed yang juga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub, Pahang, dia sebenarnya sudah minat bermain game sejak kecil lagi.

Main game hanya satu atau dua jam sebelum tidur. Saya tak nak lalai dengan game kerana masa itu emas.

ED

Biarpun hobi bermain game kadang-kala dipandang enteng segelintir individu, anak ketiga daripada lima beradik itu ada cara tersendiri agar tidak lalai dalam pelajaran.

"Saya main game sejak tadika. Memang hobi main game. Tapi saya akan bahagikan masa. Kuncinya kena bahagi masa dengan betul-betul.

"Sata pastikan tidur awal. Main game hanya satu atau dua jam sebelum tidur. Saya tak nak lalai dengan game kerana masa itu emas.

Video yang meraih perhatian ramai di TikTok.

"Memang ada orang fikir negatif mengenai game, tapi saya boleh disiplinkan diri. Saya jenis yang pegang pada jadual. Memang saya ada jadual harian.

"Jadi saya tak akan langgar jadual itu," ujarnya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

Dalam pada itu, Ed turut menerima banyak komen di TikTok termasuklah yang bertanya mengenai kelengkapan dalam bilik gaming baharunya itu.

"Rata-rata yang komen, mereka beri rate terhadap bilik saya. Dari skala satu hingga 10, mereka beri rate 1,000 per 10," ujarnya berseloroh.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain