SERINGKALI kita mendengar perkongsian kisah mengenai gangguan yang berlaku pada waktu Maghrib. Orang tua-tua dahulu juga selalu berpesan agar menutup pintu serta tingkap sebelum Maghrib menjengah, kerana dibimbangi berlaku gangguan lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai anak kecil. Begitu juga kisahnya dengan wanita ini yang diganggu ketika sedang membuat siaran langsung menerusi Facebook (FB Live) untuk menjual produk makanan, baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah rumah seram semacam, bila ustaz scan rupa-rupanya 2 ekor patung besar jadi punca! - “Aduh, macam kembar dah rasanya” ARTIKEL BERKAITAN: Suami sedang buat roadblock, siapa yang balik makan tengah malam? Isteri polis tak tahan diganggu, nampak lembaga hitam setinggi kabinet dapur Memuat naik sedikit sedutan ketika gangguan itu berlaku di aplikasi TikTok, video berkenaan memaparkan wajah wanita tersebut berubah dan sebelum segera mengakhiri FB Live. "Muka cuak... bila tengah live, ada kelibat lalu," demikian kapsyen pada video tersebut yang sehingga kini meraih hampir 400,000 tontonan dalam tempoh dua hari selepas dimuat naik. Reen sering mempromosikan bisnes kerepek menerusi platform FB Live. Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Reen ini berkata, kejadian berlaku tiga hari lalu ketika dia sedang membuat siaran FB Live di rumahnya. "Saya akan buat FB Live setiap hari, selalunya pagi dan sebelah petang. Masa itu sekitar pukul 6.30 petang. Ketika itu saya hantar dua anak kecil ke rumah ibu yang terletak berdekatan sebentar. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Saya pulang semula ke rumah dengan ditemani anak sulung berusia enam tahun untuk buat FB Live sekejap. Suami kemudian keluar bekerja sebagai anggota bomba kerana syif malam. "Sedang buat live dan terangkan pasal produk kerepek, tiba-tiba saya terlihat kelibat sesuatu berwarna putih melintasi tingkap di bahagian dapur yang terletak bertentangan. "Saya dah cuak sebab memang jelas nampak benda tu lalu, lagi pula tingkap tiga panel tu besar... sempat nampak kelibatnya. Kalau perasan, pantulan imej benda itu boleh dilihat pada peti ais di belakang saya," ceritanya. Reen yang juga ibu kepada tiga cahaya mata menjalankan bisnes dalam talian merangkumi pelbagai produk. Tambah ibu kepada tiga cahaya mata ini, sebaik sahaja mengakhiri FB Live, dia kemudian segera mengajak anaknya menaiki kereta untuk pergi ke rumah ibunya. "Masa masuk kereta, saya sempat buat 'screen record' video FB Live tadi untuk share dekat grup WhatsApp keluarga. "Masa dalam kereta tu memang tak ada dengar bunyi apa-apa, tapi bila dengar balik, ada bunyi seperti wanita menjerit dan bunyi tarik kerusi... kemudian baru dengar suara anak sulung saya," ujarnya. Bercerita lebih lanjut, Reen mendedahkan gangguan tersebut bukanlah kejadian kali pertama yang berlaku di rumahnya yang terletak di Pontian, Johor itu. Kalau perasan, pantulan imej benda itu boleh dilihat pada peti ais di belakang saya. REEN PEMILIK RUMAH "Saya dah hampir dua tahun tinggal di rumah ini. Ia bukan taman perumahan, tapi rumah sewa dalam kawasan kampung. Tahun lalu saya kerap habiskan masa di rumah ibu dan ibu mentua sebab sarat mengandung dan kemudian berpantang. "Suami pula kerja syif... selepas selesai berpantang, baru pulang ke rumah sendiri. Itulah pertama kali saya diganggu. Saya terdengar bunyi suara kanak-kanak ketawa dan orang mengaji, padahal kawasan kejiranan sunyi dan jiran pun nafi anak-anak mereka ketawa. "Pernah sekali masa suami bekerja, saya terdengar suara kanak-kanak tengah malam. Masa tu buat tak tahu saja. Tapi makin lama makin hebat, hingga bunyi berdentum dekat atas bumbung. "Terus saya call ibu dan minta dia datang rumah untuk jemput saya," ujar wanita berusia 27 tahun ini sambil menambah, suaminya turut mengalami gangguan itu. Reen dan suami kini sedang berikhtiar untuk memulihkan rumah mereka menggunakan kaedah rawatan Islam. Reen berkata, dia dan suami berikhtiar dengan menjemput seorang ustaz untuk melakukan ruqyah bagi 'memulihkan' kediaman mereka. "Tahun lepas, ustaz dan isterinya datang rumah untuk ruqyah. Masa isterinya buka pintu dapur, terus dia beri reaksi seolah-olah sangat terkejut. Namun mereka tak beritahu apa yang berlaku. "Penghuni lama rumah ini pun pernah kongsi pengalaman diganggu macam yang saya alami juga. "Sayang pula nak pindah... cuma buat masa sekarang, kami suami isteri mahu berikhtiar dahulu untuk memulihkan rumah ini," katanya lagi. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!