BUKAN menerima hadiah gajet, barangan jenama mewah mahupun peranti permainan video popular, namun satu kejutan hadiah ini mampu membuat seorang suami tersenyum. Begitulah yang dapat disaksikan menerusi satu video yang dikongsi seorang isteri di aplikasi TikTok menunjukkan kejutan hadiah berupa lampu hadapan kereta yang disimpan kemas dalam sebuah kotak, sehingga menyentuh perasaan netizen. Saidatul Faizura Mohd Azam berkata, lampu kereta itu dihadiahkan baru-baru ini bagi menggantikan lampu kenderaan milik suaminya yang mengalami kerosakan. ARTIKEL BERKAITAN: Bertuah suami sado, si isteri buat kejutan bunga duit 'puluhan ribu ringgit'... gubahan setinggi birthday boy! - "Banyak mana pun, nilainya tak cukup untuk balas pengorbanannya" ARTIKEL BERKAITAN: Berbulan rancang nak surprise suami, isteri dapat 'kejutan' terlebih dahulu... kek birthday terbelah di tangan runner tak jujur - "Kenapalah dia tak fikir" Berkongsi cerita, dia yang berusia 27 tahun itu memberitahu, suaminya yang sebaya dengannya itu pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 2019. "Saya berkahwin dua tahun lepas pada 2019. Alhamdulillah saya hamil ‘bunting pelamin’. Saya bagaimanapun dimasukkan wad di hospital kerana bersalin bayi pramatang. "Kami menetap di Dungun, Terengganu dan saya dimasukkan ke hospital di Kuala Terengganu. Seminggu saya terlantar di hospital, suami berulang-alik setiap hari datang melawat," katanya kepada mStar, sambil menambah jarak perjalanan antara Dungun dan Kuala Terengganu kira-kira sejam. Keadaan kereta Myvi milik suami Zura yang mengalami kerosakan akibat kemalangan. Lebih mesra disapa Zura, katanya, malang tidak berbau apabila suaminya terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke hospital. "Syukur suami hanya cedera ringan, hanya terhentak dada pada stereng. Tapi Myvi milik suami mengalami kerosakan di bahagian lampu hadapan kereta. "Sebelah lampu dah pecah, manakala sebelah lampu lagi retak. Maknanya kereta suami dipandu dengan hanya sebelah lampu saja berfungsi. "Kebanyakan urusan dibuat pada waktu siang bagi mengelakkan suami memandu kereta waktu malam, kerana mengundang bahaya," ujarnya yang berasal dari Dungun. Lampu kereta terpakai yang dibeli Zura mengguna hasil simpanan. Menurut Zura, suaminya bagaimanapun tidak membaiki kerosakan pada kereta tersebut kerana kedudukan kewangan yang tak stabil. "Suami saya sebelum ini berniaga macam-macam untuk cari duit. Dia jual martabak dan kerja sambilan sebagai tukang gunting rambut. Syukur hasil simpanan sedikit demi sedikit, saya dapat belikan dua lampu kereta second hand (terpakai) bagi membaiki kerosakan lampu kereta suami ZURA "Tapi saya pula terpaksa berhenti kerja untuk memberi perhatian kepada anak akibat komplikasi selepas bersalin. Hanya suami saja yang bekerja untuk kami sekeluarga. "Bila suami dapat kerja yang lebih stabil, tak bertahan lama pula selepas syarikat tu terjejas akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tahun lalu. Jadi suami dibuang kerja," ujarnya yang baru dikurniakan cahaya mata kedua, awal tahun ini. Zura (duduk, kiri) bersama suami dan anak-anaknya. Menyedari pengorbanan suaminya yang kini bekerja menggoreng ayam di kedai makan, Zura mengambil inisiatif untuk membantu mencari pendapatan sampingan dengan bekerja dari rumah. "Saya dapat upah masak kue teow dan hantar ke kedai-kedai selain tolong buat biskut raya. Nafkah yang suami bagi tu saya simpan sikit-sikit setiap bulan. "Syukur hasil simpanan sedikit demi sedikit, saya dapat belikan dua lampu kereta second hand (terpakai) bagi membaiki kerosakan lampu kereta suami," katanya sambil menyifatkan suaminya seorang penyabar, bertangungjawab dan tidak suka mengeluh. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Zura berkata, dia lega kerana akhirnya dapat melakukan sesuatu bagi meringankan beban suaminya dengan menghadiahkan lampu kereta terpakai itu meskipun mengambil masa lama. "Walaupun murah je, tapi saya puas hati sebab dapat bantu suami baiki kereta dia. Biarlah saya berhabis duit simpanan untuk suami sebab saya tahu dia lebih banyak berkorban demi saya dan anak-anak," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)