suria

Penduduk Cameron Highlands terkejut jadi pelanggan tunggal pasar! Strawberi ‘gemuk’ tapi harga murah, sedih kenang reaksi remaja jual kambing perap

Keadaan Cameron Highlands yang lengang tana pelancong (kiri), jualan buah strawberi merudum sehingga harganya jatuh RM10 untuk sekilogram.

SURAM.

Begitulah keadaan pasar ikonik Kea Farm, Cameron Highlands yang turut menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19 dan arahan 'lockdown' yang dikeluarkan kerajaan.

“Masuk je kawasan Kea Farm hari tu peniaga semua menjerit-jerit panggil kita, mereka nampak terdesak sangat-sangat,” kata Nurul Asyikin Ramli, 29, yang singgah ke pasar berkenaan, Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Lady Gaga sebut ‘kambing’? 3 beranak bikin kecoh di TikTok, video Bad Romance Challenge ‘tak jadi’ raih lebih sejuta tontonan - “Asal bunyi seakan tu kira bolehlah”

ARTIKEL BERKAITAN: Isu ruang udara diceroboh: China didakwa gagal jadi jiran baik, tapi rakyat Malaysia usah bimbang

Dia yang sudah hampir empat tahun tinggal di Cameron Highlands berkata Kea Farm yang sentiasa terkenal dengan hiruk pikuk pelanggan termasuk pelancong dari luar kini lengang tanpa pengunjung.

“Kea Farm ni biasa kalau hari minggu atau cuti umum memang sesak sangat sebab memang tempat tumpuan orang beli sayur tapi sekarang rasa macam boleh tidur atas jalan.

“Masa saya pergi hari tu memang tak ada pelanggan lain pun, saya rasa saya seorang je," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Asyikin, hanya beberapa buah kedai di pasar itu yang dibuka manakala selebihnya tidak beroperasi atau mungkin juga telah gulung tikar.



Asyikin bersama keluarganya sudah menetap di Cameron Highlands selama hampir empat tahun.

“Ada aunty ni saya biasa beli dengan dia, hari saya pergi tu meja dia dah kosong, stok-stok sayuran pun dah tak banyak.

“Yang tinggal pun dia bagi harga murah je. Dia kata perniagaan sekarang suram sangat sampaikan duit modal pun dah terguna,” katanya.

Tambahnya lagi, strawberi yang boleh jual pada harga RM50 sekilogram pada musim cuti umum, kini jatuh kepada RM10 sekilogram.

Masa saya pergi hari tu memang tak ada pelanggan lain pun, saya rasa saya seorang je.

NURUL ASYIKIN RAMLI

PENGUNJUNG

Malah katanya lagi, strawberi yang dijual kelihatan lebih besar saiznya kerana ketiadaan pelancong membolehkan buah dibiar masak lebih lama di pokok.

Dia yang juga seorang ahli perniagaan ternyata bersimpati dengan nasib sahabat yang lain.

“Ada satu malam saya pergi beli kambing perap dekat Brinchang, adik tu bersungguh-sungguh cakap terima kasih, ini sale kami hari ni, kawan-kawan semua dah tutup kedai balik kampung je," katanya.



Harga strawberi di Cameron Highlands kini hanya RM10 sekilogram.

Asyikin yang mempunyai lima buah homestay di Cameron Highlands berkata ketiadaan pelancong turut menjejaskan perniagaannya.

“Dulu saya ada lima homestay tapi sekarang tinggal empat je dan saya pun terpaksa buat perniagaan secara dalam talian untuk cari modal bayar komitmen bulanan.

“Kawan-kawan lain ada yang sampai terpaksa lelong perabot dan tutup homestay sebab tak mampu lagi bayar sewa,” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain