suria

Status nenek tapi tiba-tiba nampak muda, boleh pula anak gadis ajak main mekap-mekap... itulah penangan ‘total lockdown’!

Ujar Amalina, dia secara tiba-tiba mendapat idea untuk menjadikan wajah ibunya, Norizan Awang, 53, sebagai 'kanvas' bagi eksperimen mekap.

SEBAGAIMANA pengalaman berhadapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, ramai dalam kalangan kita yang kebosanan berada di rumah.

Kali ini, kita semua melalui episod yang sama ekoran penguatkuasaan 'total lockdown' di seluruh negara yang bermula pada Selasa.

Di Rantau Panjang, Kelantan, seorang gadis ada cara tersendiri untuk menghilangkan kebosanan pada hari pertama 'total lockdown' bersama ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Baby doll’ dihujani kritikan... walau tak kecil hati, jurusolek kesan khas tetap ada alasan sendiri - “Dalam 10 yang suka, mesti ada yang tak suka”

ARTIKEL BERKAITAN: Idam jadi MUA terkenal, pemuda 'dagu panjang' tak hirau digelar alien... nafi bedah wajah - “Paling terasa bila orang pertikai lelaki pakai mekap”

Dedah Nor Amalina Alias, 19, dia secara tiba-tiba mendapat idea untuk menjadikan wajah ibunya, Norizan Awang, 53, sebagai 'kanvas' bagi eksperimen mekap.

Mesra disapa Amalina, dia mengakui teruja untuk pertama kali menyolek wajah wanita kesayangannnya itu yang juga nenek kepada seorang cucu.

Amalina dan ibunya menetap di Rantau Panjang, Kelantan.

"Adik-beradik saya semua duduk jauh, tiada di rumah. Saya dengan mak kebosanan pada hari pertama lockdown, jadi saya ajak mak main mekap-mekap.

"Itu sebenarnya kali pertama saya solek wajah mak. Dia pula memang tak suka mekap, mak biasanya pakai bedak saja.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tapi bila saya suarakan idea, mak setuju. Saya sendiri pun bukanlah kaki mekap, jadi saya buat mekap ringkas saja untuk mak," ujarnya kepada mStar.

Dulu kita dah hadap PKP, jadi kali ini tidak terlalu stress.

AMALINA

Kata Amalina, video hasil solekan itu pada mulanya dikongsi untuk adik-beradiknya yang lain sebelum ia dimuat naik ke Instagram.

Jelasnya lagi, biarpun proses solekan itu mengambil masa sekitar satu jam, dia dan ibunya ternyata gembira dengan hasil yang diperolehi.

"Tengok macam OK saja, jadi saya buat video untuk hantar pada abang dan kakak. Mak pun suka, dia kata nampak macam cantik juga wajahnya selepas disolek.

"Adik-beradik saya pun puji, mereka kata mak nampak lebih muda bila disolek," ujar anak bongsu daripada enam beradik itu.

Bercerita mengenai dirinya, Amalina merupakan pelajar semester dua jurusan Bangunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Amalina merupakan penuntut UiTM.

Jelas Amalina, 'total lockdown' kali ini ternyata membuatkan dia buntu, namun tidaklah tertekan seperti PKP yang lalu.

"Dulu kita dah hadap PKP, jadi kali ini tidak terlalu stress. Kalau PKP dulu, kita jadi buntu tak tahu bak buat apa. Sekarang dah terbiasa.

"Saya pun dah dua semester belajar online, belum berkesempatan ke kampus. Kecewa tak dapat jalani kehidupan sebagai pelajar yang sebenar.

"Setakat ini saya hanya kenal rakan satu jurusan menerusi internet saja. Harapan saya agar Covid-19 berakhir, semester depan boleh masuk kampus," ujarnya.

Kisah Amalina menyolek ibunya mendapat perhatian selepas seorang individu berkongsi video miliknya menerusi direct message Instagram mStar sebelum temubual dijalankan pada Rabu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain