ANAK muda contoh. Mungkin itulah gelaran yang sesuai untuk menggambarkan kisah kesungguhan pelukis pelan berusia 25 tahun ini. Muhammad Faris Sulaiman bukan sahaja bekerja di sebuah firma arkitek, malah dia turut mengusahakan sebuah gerai Char Kuey Teow sejak Julai tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga terkejut ramai mesej tanya nasi kerabu, rupa-rupanya diri dah viral sebab tak kedekut - “Kalau boleh nak jumpa depan-depan” ARTIKEL BERKAITAN: Warung sepi tanpa pelanggan sejak PKP, ibu mesej dapat RM20 je... siapa sangka kuasa viral ubah nasib menjelang 2021 Dia yang mesra disapa Faris sempat memperincikan semula kisah perjalanannya itu yang banyak disulami dengan suka dan duka ketika dihubungi mStar pada Rabu. "Saya mula ceburi perniagaan pada Julai tahun lepas, masa tu kes Covid-19 sedang reda sekejap di negara kita. "Saya uruskan sendiri dan ada dua pembantu. Biasanya balik dari pejabat, saya akan terus ke gerai. Kalau lambat, staf yang akan buka terlebih dahulu. Kata Faris, dia sememangnya meminati dunia perniagaan. "Selain Char Kuey Teow, kini saya perkenalkan pula nasi lemak telur puyuh," ujarnya yang berniaga di Taman Teratai, Johor Bahru. Kata anak sulung daripada dua beradik itu, dia tidak mempunyai kepakaran dalam bidang masakan, namun cukup meminati dunia perniagaan. Ada orang cakap... kau berniaga tepi jalan, boleh jamin masa depan ke? FARIS Enggan mempersiakan minat serta dorongan rakan, dia nekad belajar memasak demi memberikan produk terbaik buat pelanggannya. "Masa awal-awal saya pun tak pandai masak. Tak yakin, dua hari sebelum buka gerai pun saya masih tak yakin. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Mujur ada kawan-kawan. Salah seorang rakan saya memang berniaga Char Kuey Teow dan dia pun ada gerai, jadi dia ajar saya memasak. "Dalam sebulan pertama beroperasi, saya nothing. Tak tahu apa-apa, tapi saya mula belajar perlahan-lahan. "Alhamdulillah sambutan OK, cuma selepas itu agak sendu kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula. Sekarang 'total lockdown' pula," ujarnya lagi. Tambah Faris, dia bagaimanapun berasa syukur apabila berani membuat keputusan besar untuk melangkah ke bidang perniagaan ketika pandemik masih lagi belum berakhir. Dedah Faris, dia juga berhadapan cabaran apabila perniagaan kurang laris pada Ramadan lalu sehingga hampir berputus asa. Dua juadah yang menjadi pertaruhan jejaka itu. Namun, dia bersyukur dapat melalui fasa itu dan tidak pernah berkecil hati dengan pandangan orang terhadap jalan pilihannya. "Tipulah kalau tiada persepsi negatif. Ada orang cakap... kau berniaga tepi jalan, boleh jamin masa depan ke? "Tapi mereka tak tahu apa yang kita dapat, apa yang kita boleh beri kepada keluarga. Tipulah kalau rasa tak penat. Saya pun diuji masa bulan puasa. "Tiada sambutan, kekurangan staf dan sebagainya. Kelam-kabut berniaga selepas balik kerja pada Ramadan lalu. Rasa nak putus asa. "Nasihat saya, dunia perniagaan ini kejam. Tapi kalau dah ada niat, boleh teruskan. Yang penting kena yakin," ujarnya mengakhiri bicara. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!