RAKAMAN memaparkan seorang ibu dalam perjalanan untuk menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 tular di media sosial. Menerusi rakaman itu, Alif Fayumie KamalBahrin, 30, mengusik ibunya, Masitah Miar Taharim, 68, sehingga meraih hampir 100,000 tontonan di aplikasi TikTok. Bercakap kepada mStar, Alif Fayumie mengakui dia sekadar suka-suka merakam aksi spontan ibunya yang agak gemuruh sebelum menerima suntikan itu di Dewan Sivik Bukit Payung, Terengganu pada Selasa lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Selamba buat cerita palsu kematian akibat suntik vaksin, ramai desak Mak Teh munculkan diri! ARTIKEL BERKAITAN: PM jadi individu pertama disuntik vaksin Covid-19 di Malaysia "Saya belum lagi sampai giliran, cuma pada hari itu saya bawa mak untuk terima suntikan vaksin. InsyaAllah mak akan menerima dos kedua pada 22 Jun ini. "Sebelum pergi, memang kelab-kabut dan agak gemuruh. Dalam kereta pun mak ada berdoa dan sebagainya, jadi saya sekadar rakam video. "Saya pun tak jangka ia akan viral. Bagi saya, kalau video tu boleh beri inspirasi kepada orang lain, saya bersyukur. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Alhamdulillah, proses suntikan berjalan lancar. Petugas di sana pun sangat membantu," ujar anak bongsu daripada dua beradik itu. Dalam temubual sama, ibunya mengakui teruja apabila menerima perkhabaran mengenai suntikan pertama itu. Malah katanya, selain mempersiapkan diri dengan pengambilan makanan tambahan seperti vitamin C, dia juga banyak berdoa agar segala proses suntikan vaksin berjalan lancar. Masitah ditemani anaknya ketika menerima suntikan dos pertama itu. "Pertamanya sudah tentu teruja. Kalau tengok komen-komen di Facebook, ada yang sudah daftar tapi sampai sekarang belum dipanggil untuk terima vaksin. "Teruja, pada masa sama perasaan bercampur-baur. Bukan senang nak dapat giliran macam ni. Sebelum pergi, kena fikir juga mengenai baju. "Bukan nak tunjuk cantik lawa, tapi pilih yang selesa, sebab nak kena selak lengan untuk terima suntikan," ujarnya. Kata Masitah, dia lega apabila suntikan vaksin Sinovac itu berjalan lancar dan pantas. Ingatkan ada rasa sakit seperti digigit semut ketika terima suntikan, perit ke apa... tapi tak rasa. MASITAH "Amalan kita sebagai umat Islam, kena banyak berselawat. Dalam masa sama, kita niatkan kepada Allah, minta dipermudahkan urusan. "Alhamdulillah, sepanjang perjalanan ke sana, saya minta Allah permudahkan. Ingatkan ada rasa sakit seperti digigit semut ketika terima suntikan, perit ke apa... tapi tak rasa. "Saya rasa lagi sakit kalau buat ujian diabetes yang ambil darah pada jari, lagi gerun rasanya. Alhamdulillah tak rasa apa-apa, kalau kena 10 dos pun saya tak kisah," ujarnya berseloroh. Dalam pada itu, Masitah berkata kesan suntikan vaksin tentunya berbeza-beza antara individu. Kata Masitah, dia bersyukur jika video tular itu boleh memberi inspirasi kepada masyarakat. Namun, dia dalam nada merendah diri mengakui bersyukur tidak mengalami kesan sampingan pada hari berikutnya selepas menerima suntikan. Menurut Masitah lagi, dia pada mulanya turut hairan apabila perjalanannya menerima vaksin dirakam oleh anaknya. Namun katanya, dia bersyukur jika video tular itu sedikit-sebanyak dapat memberi inspirasi kepada orang di luar sana. "Semua tu berlaku secara spontan. Saya tegur juga, tanya apa faedah rakam video? Tapi anak saya jelaskan, video ni dapat beri inspirasi kepada orang yang menonton. "Kalau ia boleh beri manfaat, Alhamdulillah. Kepada sesiapa yang bimbang, just go for it. Kena ada kekuatan dalam diri kita," ujarnya lagi. Dalam video tular itu, netizen turut terhibur apabila Alif Fayumie mengusik ibunya dengan gelak tawa ketika mereka sama-sama ke pusat suntikan vaksin. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!