suria

Suami terbongkang mabuk, 2 hari cari asam! Nasib baik kerja dari rumah... Apa cerita sebenarnya? - “Kalau isteri mengadu penat, jangan ingat nakkan perhatian”

Syah turut terkena tempias alahan isterinya yang sedang berbadan dua.

SERING kali kita mendengar kisah si ibu yang mengalami alahan ketika berbadan dua.

Pelbagai jenis alahan termasuklah muntah, loya, sensitif terhadap bau sesuatu dan sebagainya bukanlah menghairankan bagi wanita mengandung, sama ada ia adalah kandungan pertama mahupun yang sudah mempunyai ramai anak.

Namun begitu, ada juga dalam kalangan lelaki yang turut terkena tempias alahan si isteri, sebagaimana yang dialami oleh suami kepada wanita ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami bingung isteri hamil menyampah tengok muka,"dia tak nak dekat, tapi saya dah spray minyak wangi"

ARTIKEL BERKAITAN: Suami muntah depan pagar, isteri cepat-cepat masuk rumah sebelum meraung gembira dalam tandas - “Dia tak berhenti ketuk pintu”

"Saya yang pregnant, si suami pula terkena tempias alahan... suami terbongkang sambil layan mabuk," demikian perkongsian yang ditulis wanita berkenaan pada video TikTok.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 190,000 jumlah tontonan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Syida berkata, suaminya mula mengalami alahan sejak dua minggu yang lalu.

"Saya kini hamil anak sulung dan kandungan baharu mencecah usia dua bulan setengah. Saya mengetahui berita kehamilan selepas membuat ujian, ketika Ramadan lalu.

"Mula-mula saya yang alami alahan seperti sakut kepala, muntah dan tak boleh hidu bau minyak wangi yang terlalu kuat. Tengok-tengok, suami pun turut alami alahan.

"Dia sering rasa kepalanya pusing... minum kopi, makan buah semua tak 'jalan'. Sehinggalah kawannya cadangkan makan asam. Dua hari juga mencari asam.



Syah turut terkena tempias isterinya yang sedang hamil anak sulung.

"Pernah kami beli asam dekat stesen minyak, tapi langsung tak kena dekat tekak hinggalah jumpa asam yang betul-betul ngam dekat sebuah pasar raya baru-baru ini. Selalu pernah dengar kisah orang lain, kini kami suami isteri pula yang alaminya sendiri," cerita wanita berusia 29 tahun ini.

Cerita Syida, selain alahan normal, dia juga mengalami 'simptom mengidam' seperti kebanyakan wanita mengandung yang lain.

"Nak kata mengidam benda pelik tu tak ada... cuma saya bukanlah penggemar aiskrim, tapi baru-baru ini saya teringin nak makan aiskrim Cornetto yang mini tu. Alhamdulillah dah dapat.



Pasangan ini turut membuka bisnes membuat kek secara sambilan.

"Rasanya setakat ni apa yang saya teringin makan, semua mudah didapati. Harapnya jangan tiba-tiba mengidam bukan-bukan pula... sekarang ni situasi sukar sebab 'lockdown'.

"Saya harap juga alahan ni tak lama... takut juga jadi macam ibu. Ibu alah sembilan bulan sepanjang mengandungkan saya," ujarnya ketawa kecil.

Sementara itu suami Syida yang hanya mahu dikenali Syah berkata, dia menganggap apa yang dilaluinya ini sebagai satu kenangan manis.

Pernah kami beli asam dekat stesen minyak, tapi langsung tak kena dekat tekak.

SYIDA

ISTERI

"Saya ingat lagi... dulu-dulu pernah tengok kawan sendiri kena tempias alahan isteri dia. Masa tu saya belum kahwin. Kawan kata, 'nanti kau kahwin, kau tahulah'.

"Sebelum isteri hamil pun saya pernah kata, kalau isteri alami alahan, biarlah saya yang menanggungnya sekali. Kita selalu tengok betapa sukarnya keadaan mereka... dengan membawa perut, kemudian alahan pula.

"Dah dua minggu kepala saya pusing, cuma akhir-akhir ini kerap sikit... mujurlah saya boleh bekerja dari rumah. Asam memang dah beli banyak untuk spare," ujarnya yang bekerja dalam sektor swasta.



Pasangan ini bakal menimang cahaya mata sulung, tahun depan.

Syah yang turut membuka bisnes membuat kek secara sambilan bersama Syida berkata, dia berharap semoga keadaan isteri dan bayi di dalam kandungannya sentiasa sihat.

"Bagi suami di luar sana, terutama yang tak rasa apa yang isteri rasa, fahamilah mereka. Mereka dah banyak berkorban. Janganlah kalau isteri mengadu pening atau penat, kita ingat mereka sengaja mahukan perhatian.

"Yang dah terkena tempias pastinya mereka tahu apa yang dirasai si isteri. Ini adalah satu pengalaman yang tak semua para suami dapat rasa," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain