GEMPAK! Begitulah yang dapat digambarkan mengenai video kisah perjalanan seorang pemuda yang teruja untuk menerima dos pertama vaksin Covid-19. Berlatarkan lagu Survivor yang dipopularkan oleh kumpulan Destiny's Child, video yang memaparkan pengalaman seorang bekas pesakit Covid-19 menjadi perhatian netizen. "Perghhh macam tengok iklan dekat wayang. Serius gempak," komen seorang netizen berhubung video yang meraih lebih 160,000 tontonan di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Hebat! Usia 105 tahun, sikit pun tak 'termakan' cakap kawan anti vaksin di kedai kopi... selamat dapat suntikan pertama - "AyahPa kata dia okay" ARTIKEL BERKAITAN: Bertugas di PWTC, Dr Say terkejut reaksi warga emas terhadapnya masa datang ambil vaksin... terus buat 'analisis' pengikut Instagram! "Dah macam travel la pula, tapi hakikatnya pergi (ambil) vaksin." "Nak pergi (ambil) vaksin je, tapi dia punya video kalah trailer filem." antara komen-komen netizen lain. Zani selepas discaj dari PKRC di Maeps, Serdang. Pemuda berkenaan, Muhammad Izzani Islahuddin memberitahu, dia merupakan bekas pesakit Covid-19 selepas dijangkiti virus itu tanpa gejala pada 1 Februari lalu. Anak muda berusia 22 tahun itu berkata, dia dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di Serdang, Selangor selepas mengalami gejala ketika hari ketujuh menjalani kuarantin di rumah. "Setelah tiga bulan dijangkiti Covid-19, saya berpeluang untuk menerima suntikan vaksin. Saya tahu pesakit Covid-19 yang telah pulih mempunyai risiko untuk dijangkiti semula. "Vaksin ni merupakan perlindungan terbaik untuk meningkatkan imunisasi badan dengan mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19," katanya kepada mStar. Zany pada mulanya berasa sedih apabila dijangkiti Covid-19. Lebih mesra disapa Zany, dia mengimbas kembali detik sewaktu disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada bapanya yang mendapat jangkitan itu di tempat kerja. "Jujurnya, masa tu saya down sangat sebab saya berada di rumah selama empat minggu kerana sibuk dengan kelas secara dalam talian dan melakukan tugasan pengajian. Rasa teruja ambil vaksin tu macam dapat 'jemputan' daripada menteri kesihatan. Saat kena cucuk vaksin, saya bersyukur kerana tak sangka menjadi antara orang awam yang terawal menerima vaksin ZANY "Saya ambil masa untuk memperoleh kekuatan, dengan menghasilkan video-video di TikTok memperoleh sokongan keluarga dan rakan-rakan. Saya reda dengan dugaan yang menimpa saya," ujarnya yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor.. Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dia memperoleh slot tempahan suntikan vaksin AstraZeneca menerusi pendaftaran secara dalam talian pada Mei lalu. Zany (kiri) bergambar kenangan bersama doktor selebriti, Dr Say Shazril yang bertugas sebagai sukarelawan di pusat pemberian vaksin di PWTC. Dia juga tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan teruja menjelang tarikh janji temu di pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, pada 2 Jun. "Memang excited. Saya bersemangat untuk menerima suntikan vaksin. Saya nak tunjukkan semangat itu menerusi kisah perjalanan saya yang dibuat dalam video. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Rasa teruja ambil vaksin tu macam dapat 'jemputan' daripada menteri kesihatan. Saat kena cucuk vaksin, saya bersyukur kerana tak sangka menjadi antara orang awam yang terawal menerima vaksin," katanya yang turut berkongsi keterujaan akan menerima vaksin, di laman sosial kira-kira seminggu sebelum tarikh janji temu. Zany yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi menasihatkan orang ramai sama ada pernah dijangkiti atau tidak dijangkiti Covid-19, supaya mengambil suntikan vaksin demi kebaikan bersama. Zany mahu memberi kesedaran mengenai kepentingan mengambil vaksin Covid-19. Dalam pada itu, peminat kumpulan K-Pop Twice itu mendedahkan bahawa dia sepatutnya menghasilkan video 'survivor' sebaik dibenarkan pulang ke rumah selepas pulih Covid-19. "Patutnya nak buat selepas 'survive' dijangkiti Covid-19. Tapi masa tu saya sibuk nak kemas rumah, nak sanitasi dan perlukan masa untuk berehat dan bertenang. "Bila tiba janji temu untuk ambil vaksin, saya fikir inilah harinya untuk kongsi perjalanan saya dari seorang bekas pesakit Covid-19 kepada penerima suntikan vaksin Covid-19. "Tak sangka video 'journey' saya mendapat perhatian hingga ada yang minta saya buat tutorial. Teknik suntingan dan rakaman video ini mendapat inspirasi daripada video-video trailer video muzik lagu-lagu K-Pop," katanya yang sering berkongsi minat menari terutama lagu-lagu K-Pop dan suntingan video di TikTok. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!