suria

Ibu Melayu, bapa Filipina! Gadis kacukan anggap diri unik walau pernah dibuli, kini tambat hati warga TikTok - “Ada satu video mak kurang berkenan”

Gadis kacukan Malaysia- Filipina, Yazmin Aziz (tengah) bersama dua adiknya.

TAK gentar dengan kritikan serta menjadikan kelemahan diri sebagai pembakar semangat untuk berjaya!

Itulah prinsip gadis kacukan Malaysia - Filipina, Yazmin Aziz yang mengakui suatu ketika dahulu dirinya sering dibuli disebabkan berdarah campuran serta tidak fasih berbahasa Malaysia.

Berkongsi serba sedikit mengenai latar belakangnya, gadis yang baru berusia 19 tahun ini berkata walaupun dilahirkan di Malaysia, dia kurang menggunakan bahasa Malaysia sewaktu membesar.

ARTIKEL BERKAITAN: Azaria Tagaya kagum ramai remaja tunjuk bakat baca berita di TikTok... personaliti TV3 berdarah kacukan Melayu, Jepun ini tak lokek kongsi tip!

ARTIKEL BERKAITAN: "Pergi’ selepas 10 hari bertarung lawan Covid-19, suami sempat bertahajud walau menggigil - “Banyak mesej saya terima cerita kebaikan arwah”

"Mak saya Melayu, tapi ayah dan ayah tiri saya kedua-duanya Filipina, jadi mereka lebih selesa berbahasa Tagalog.

"Saya pernah menetap sementara di United Kingdom semasa bapa tiri saya kerja di sana dan pernah tinggal di Filipina lebih kurang 5 tahun.

"Mak memang ada ajar saya bahasa Malaysia tapi bila pindah ke Filipina saya lupa apa yang diajar... bila balik sini saya terpaksa belajar semula," katanya kepada mStar.

Menariknya membesar di Filipina, Yazmin berkata dia berpeluang untuk belajar di tempat yang sama dengan adik-adik, ibu dan ibu saudaranya.



Yazmin berpengalaman belajar di tempat sama dengan ibunya belajar.

"Selepas melahirkan dua orang anak, mak saya sambung belajar masa dia sedang mengandungkan adik bongsu saya.

"Jadi saya berpeluang belajar bersama mak di tempat sama... saya masuk pra-sekolah sampai darjah tiga dan mak buat degree.

"Waktu rehat saya akan pergi cari mak jadi saya boleh dapat makanan percuma atau lagi banyak makanan," cerita sambil berseloroh.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Yazmin bagaimanapun tidak terlepas daripada menjadi mangsa ejekan serta buli selepas pulang ke Malaysia disebabkan perbezaan yang dimiliki.

"Masa kecil saya susah nak sesuaikan diri dengan orang ramai yang berlainan bangsa jadi dekat sekolah rendah saya dibuli sebab tak fasih bahasa Melayu.



Yazmin (depan, paling kanan) bersama dua adik, ibu serta bapa tirinya.

"Mereka cakap pegi balik Filipina la, dan macam-macam lagi. Tapi apa yang saya tak boleh saya lupa adalah apabila saya dibuli secara fizikal.

"Cabaran-cabaran seperti ini yang menjadikan saya lebih kuat dan sekarang saya rasa sangat unik dan bersyukur sebab memahami pelbagai budaya dan bahasa," tambahnya.

Yazmin kini menjadikan platform TikTok sebagai wadah untuk memperbaiki kelemahannya di samping mengajar masyarakat bahasa Tagalog.

Memiliki hampir setengah juta pengikut, Yazmin berkata dia mula berjinak-jinak dalam penghasilan video pada penghujung tahun lepas.

"Idea ni bermula bila ramai orang tanya mengenai latar belakang kacukan saya, lepas tu tak sangka ramai yang minta saya ajar bahasa Tagalog.

"Saya cuba campur drama dan komedi Filipina memandangkan ramai yang kenal Pangako Sayo, Sana’y Wala ng Wakas dan Alhamdulillah sambutan yang saya terima sangat baik," katanya.

Mereka cakap pegi balik Filipina la, dan macam-macam lagi. Tapi apa yang saya tak boleh saya lupa adalah apabila saya dibuli secara fizikal.

YAZMIN AZIZ

Tambahnya lagi apa yang lebih memberi kepuasan baginya adalah apabila mengetahui hasil kerjanya sedikit sebanyak dapat membantu menggembirakan hati masyarakat.

"Apa yang best sekali bagi saya adalah perasaan bila dapat membantu lebih-lebih lagi mereka yang tengah sedih atau mengalami tekanan perasaan," katanya.

Yazmin yang gemar menyanyi, berlakon dan menari berkata dia sangat bersyukur dengan sokongan diberikan keluarganya.

"Mereka sangat supportive terutama sekali kalau content komedi - awak ni macam-macam la kata mereka.

"Tapi ada juga masa kena marah, mak ayah saya selalu cakap awak ni tak habis-habis dengan TikTok.

"Pernah ada satu video mak saya kurang berkenan tapi bila kawan dia kongsi, saya nampak dia pun bergelak sekali dengan kawan dia tu," katanya mengimbas salah satu detik melibatkan ibunya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain