suria

Wow! Pemuda ini perjelas foto buka baju masa suntik vaksin bukan nak tunjuk badan - “Dapat tahu last minute, tiada siapa faham”

Anas berkongsi foto menerima suntikan vaksin ke laman Instagram untuk memberi mesej positif kepada orang ramai.

DALAM usaha membasmi wabak Covid-19 di negara ini, ramai dalam kalangan kita tidak sabar-sabar untuk menerima suntikan vaksin.

Namun, lain pula cerita jejaka ini apabila foto dia menerima suntikan dos pertama vaksin di ibu negara pada Jumaat lalu dikecam segelintir netizen.

Menurut Anas Dzulkefflee, 26, dia tidak menyangka tindakannya membuka sebahagian baju yang dipakai menjadi perdebatan netizen di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: PM jadi individu pertama disuntik vaksin Covid-19 di Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu persoal kenapa anak rakam journey disuntik vaksin Covid-19, siapa sangka video usikan di TikTok raih hampir 100,000 tontonan

Dia yang mesra disapa Anas bagaimanapun ada penjelasan tersendiri di sebalik tindakannya itu.

"Salah saya tak semak aplikasi MySejahtera. Jadi saya lambat dapat tahu mengenai tarikh dan masa suntikan vaksin.

"Giliran saya 9 malam, saya dapat tahu sebelum pukul 9 pada hari sama. Saya dah nervous, masa tu saya ambil saja baju apa yang ada.

"Saya pakai sweater dan terus ke pusat vaksinasi yang ditetapkan," ujarnya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Anas merupakan seorang ejen insurans dan juga jurulatih kecergasan.

Menurut Anas, dia selepas itu berkongsi foto suntikan vaksin ke laman Instagram dengan niat untuk memberi mesej positif kepada orang ramai.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun katanya, dia tidak ambil hati dengan komen negatif yang mempertikaikan tindakannya pada waktu itu.

"Kebetulan gambar tu follower saya yang ambil. Saya post sebagai tanda apresiasi. Saya buka baju pada waktu itu pun untuk mudahkan kerja petugas suntikan vaksin.

Tapi Alhamdulillah tiada kesan sampingan. Mungkin juga sebab saya banyak ambil pemakanan tambahan.

ANAS

"Gambar itu juga saya nak kongsi mesej positif, nak galakkan orang ramai suntik vaksin. Di kapsyen, saya kongsikan mengenai supplement yang diamalkan. Tapi ada segelintir individu lihat gambar saja, tak baca mesej sebenar.

"Kalau nak kata saya nak tunjuk badan, ia sebenarnya bukanlah badan saya yang paling cantik pun. Dengan keadaan sekarang tak boleh pergi ke gim, tiada apa saya nak tunjuk pun," jelasnya lagi.

Namun kata Anas yang memiliki lebih 70,000 pengikut di Instagram, dia memohon maaf jika ada yang mempertikaikan soal aurat dirinya.

Jauh di sudut hati kata Anas, dia cuma mahu berkongsi perkara baik dan mengajak masyarakat untuk tidak takut menerima suntikan vaksin.

"Saya terima komen dengan hati terbuka. Kalau mengenai aurat ke apa, saya minta maaf.

Anas tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin pada Jumaat lalu. (Gambar Hiasan)

"Dalam keadaan nervous dapat tahu last minute, tiada siapa faham perasaan saya pada waktu itu. Tak rasa macam diri sendiri.

"Walaupun bersedia terima vaksin, tapi saya terbaca macam-macam sebelum ni. Sebab tu saya risau dan takut.

"Tapi Alhamdulillah tiada kesan sampingan. Mungkin juga sebab saya banyak ambil pemakanan tambahan dan sebagainya," ujarnya yang menetap di Ampang, Selangor.

Bercerita mengenai dirinya, anak bongsu daripada empat beradik itu merupakan seorang ejen insurans dan juga jurulatih kecergasan.

Kata Anas yang juga model sambilan, dia sudah dua tahun menceburi bidang insurans dan memiliki lapan tahun pengalaman sebagai jurulatih kecergasan.

Untuk rekod, foto Anas yang menerima suntikan itu pada awalnya dikongsi di Instagram miliknya sebelum ia ditularkan individu lain di Twitter.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain