BANGUN dari tidur, antara perkara pertama yang kita lakukan termasuk kanak-kanak adalah mencari telefon pintar. Begitulah hakikat yang turut dilalui seorang ibu sehingga dia mendapat idea membuat gurauan (prank) dengan mewarnakan hitam di bahagian mata anak lelakinya yang suka 'bermain' telefon. "Kuat sangat main 'sefon' (telefon)," tulis wanita itu menerusi video di aplikasi TikTok, yang kemudian menunjukkan anaknya tiba-tiba berubah enggan menggunakan gajet itu. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas viral, ramai nak tengok wajah 'budak tudung saji'... ibu 'belanja' show Peluang Kedua - "Dia pernah buat suami menangis" ARTIKEL BERKAITAN: Budak 5 tahun 'miming' abang baca Iqra dianggap 'next Sharifah Sakinah'... bapa baru sedar bila ramai tegur - "Betul juga" Wanita berkenaan, Siti Fatimah Aziz berkata, video tersebut memaparkan anak bongsunya, Muhammad Aakif Fahim Nazri yang berusia empat tahun. Ibu berusia 38 tahun itu bagaimanapun menjelaskan bahawa anaknya bukan ketagih telefon pintar, sebaliknya mahu lebih lama menggunakan gajet itu sejak pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau total lockdown bermula 1 Jun lalu. "Anak saya tidaklah ketagih guna atau bermain telefon, kebiasaannya cuma antara dua hingga tiga jam sehari. "Cuma sejak lockdown ni, tak ada aktiviti ke luar rumah. Hanya berada di rumah, jadi penggunaan telefonnya lebih lama hingga lima jam sehari," katanya kepada mStar. Siti (kanan) bersama anaknya berusia empat tahun. Lebih dikenali sebagai Siti, katanya, dia sekadar mahu mengawal penggunaan telefon oleh anaknya supaya boleh memberi tumpuan kepada aktiviti lain di rumah. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Pada masa sama, ibu kepada tiga anak itu mahu menggunakan pendekatan lebih santai dan menghiburkan dengan membuat gurauan pada anaknya. "Saja buat prank kat anak. Masa dia tidur, saya hitamkan mata dia guna eyeshadow (pembayang mata) saya. Bila dia bangun dari tidur, dia tak menangis dan sempat tengok muka dia depan cermin dan masih okay. "Tapi tak lama kemudian, saya cuba bagi telefon kat dia, saya beritahu kalau lama-lama main telefon nanti mata jadi hitam macam sekarang. Terus dia tak nak usik telefon tu," ujarnya yang menetap bersama keluarga di Serendah, Selangor. Anak bongsu Siti suka mengumpul koleksi permainan kereta. Menurut kakitangan di sebuah sekolah menengah itu, anaknya yang mesra dengan panggilan 'adik' itu masih tidak mahu menggunakan telefon pintar selepas lebih 24 jam. "Sebagai ibu, saya mahu yang terbaik buat anak-anak. Saya tak halang dia untuk bermain telefon sebab ada juga kebaikannya, tapi perlu dipantau. Saya mahu yang terbaik buat anak-anak. Saya tak halang dia untuk bermain telefon sebab ada juga kebaikannya, tapi perlu dipantau SITI FATIMAH "Kalau dia dah kembali untuk guna telefon, saya masih benarkan. Nampaknya dia faham dan mendengar kata bila saya kata kalau lama sangat tengok telefon, nanti ada kesan pada mata. "Dia bangun dari tidur mesti cari telefon dulu. Kalau tak dapat, dia akan menangis. Dia suka tengok video atau main video game berkaitan dengan kereta kat telefon... apa saja tentang kereta dia suka, termasuk koleksi permainan kereta," katanya yang membersihkan mata anaknya sewaktu dimandikan. Siti (belakang, dua, kanan) bersama suami dan anak-anak. Dalam pada itu, Siti yang juga ejen penapis air secara sambilan turut berkongsi insiden yang berlaku pada Ahad malam sewaktu menonton filem Tamil di ruang tamu. "Anak saya tiba-tiba cakap kat saya, ibu tak elok tengok TV lama-lama, nanti mata pun jadi hitam. Masa dia cakap tu nampak serius, maksudnya dia faham akan ada kesan tak baik kalau tengok TV atau guna telefon lama-lama. "Saya kemudian kata ibu baru tengok TV pukul 9 malam, filem ni sampai tengah malam. Ibu bukan selalu tengok TV, lebih habis cerita, ibu tutup TV. "Panjang akal dia. Anak saya ni memang sangat aktif, lasak orangnya tak boleh duduk diam. Pada masa sama, dia seorang yang sangat manja," katanya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!