suria

Pernah digelar King Kong, lori... wanita gempal ini tubuh geng perjuang nasib golongan ‘plus size’ - “Tak mahu orang badan besar selekeh sebab tiada baju”

Norhasyikin diberi pelbagai gelaran hanya disebabkan tubuh badannya yang gempal.

"BUAT apa kamu nak menyorok, badan kamu macam lori!"

Itu antara kata-kata penghinaan yang terpaksa ditelan Siti Norhasyikin Mohd Azizul, 23, disebabkan saiz badannya yang agak gempal.

Lebih memilukan, ayat sebegini kadangkala datangnya daripada insan yang dihormatinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajat hati nak buat prank je, tak sangka mak ambil serius video tugasan anak - “Kau apasal cakap bohong, mama tak nak lah”

ARTIKEL BERKAITAN : ‘Pergi’ selepas 10 hari bertarung lawan Covid-19, suami sempat bertahajud walau menggigil - “Banyak mesej saya terima cerita kebaikan arwah”


"Saya tak pernah dibuli (secara fizikal) sebab saya badan besar orang takut nak buli.

"Cuma gelaran tu biasalah, ada orang panggil saya King Kong, cikgu saya sendiri pun pernah cakap, kau nak menyorok apa badan besar macam lori.

"Masa tu semestinya rasa down sebab masih budak-budak belum matang lagi, jadi saya fikir kenapa saya kena panggil macam tu, hina sangat ke sebab aku gemuk," katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Siti Norhasyikin, keadaan fizikalnya itu turut menjejaskan tahap keyakinan dirinya.

"Badan saya dulu kecil je tapi bila saya mencapai akil baligh iaitu masa saya tingkatan dua, badan saya mula membesar.

"Dulu saya memang tak yakin dengan diri saya tambah lagi saya duduk dekat kampung, mereka akan nampak gemuk ni buruk.



Fizikalnya yang besar menyebabkan Norhasyikin dahulu kurang keyakinan diri.

Penerimaan serta sokongan rakan-rakan lain bagaimanapun sedikit sebanyak membantu Norhasyikin menerima dirinya seadanya.

"Lepas masuk universiti baru saya yakin dengan diri saya sebab kawan-kawan saya tak ejek saya walaupun saya berbadan besar," katanya yang berasal dari Kelantan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Penglibatan dalam perniagaan pakaian khas bagi individu berbadan besar pula secara tidak langsung membuka peluang untuk dirinya memberi motivasi kepada wanita berbadan gempal sepertinya.

"Kami semua, termasuk pemilik dan model-model berbadan besar tapi yakin dengan diri masing-masing. Cuma kami tak mahu hanya diri kami sahaja yang cantik, penuh keyakinan.

"Kami tak mahu orang berbadan besar pakai pakaian selekeh atas alasan tak ada baju sebab tak ada pilihan macam orang yang bersaiz kecil.

"Kami mahu semua orang yang berbadan besar tak kira saiz 7XL atau 6XL, masih boleh bergaya dengan pakaian yang kami hasilkan," katanya yang bertindak sebagai pengurus di samping menjadi model pakaian 'plus size' jenama Plusclosette.



Video Norhasyikin bersama rakan-rakan model yang lain menari tular tempoh hari di media sosial.

Terdahulu video Norhasyikin bersama beberapa orang model lain sedang menari tular di media sosial, mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

"Saya ada baca komen kata apa ni menari-nari, kemudian ada yang balas cakap kalau perempuan kurus menari puji cantik... pada saya itu bergantung pada mindset masing-masing. Setengah orang mungkin rasa orang gemuk ni tak boleh buat apa-apa duduk rumah je diam-diam.

"Tapi kami terima seadanya. Cuma ada juga yang berterima kasih sebab mereka rasa dihargai sangat, rasa macam sayang dengan diri sendiri, dan memang itulah yang kami mahu capai melalui content kami. Kami mahu semua wanita sayangkan diri masing-masing," katanya, merujuk kepada video yang tular itu.

Kami mahu semua orang yang berbadan besar tak kira saiz 7XL atau 6XL, mereka masih boleh bergaya dengan pakaian yang kami hasilkan.

SITI NORHASYIKIN MOHD AZIZUL

Berkongsi nasihatnya kepada wanita berbadan besar di luar sana, Norhasyikin berkata golongan hawa tidak seharusnya tunduk kepada komen-komen negatif dan mereka sebaiknya bergaul dengan individu-individu yang boleh memberi aura positif pada diri masing-masing.

"Keyakinan diri ni kita tak boleh beli atau dapat dari orang lain, kita sendiri perlu bina keyakinan diri dengan melihat mereka yang positif... kumpulan kami sebagai contoh.

"Kalau orang kritik kita jangan lihat ia dari segi negatif semata-mata, lihat juga dari segi positif kita anggap itu sebagai nasihat," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain