suria

Prof Muhaya bikin ramai 'naik angin', sampaikan golongan profesional bersuara... tak boleh terima kenyataan wanita kena jadi ‘bodoh-bodoh sikit’ - “Saya hilang kata-kata”

Dr Muhaya mengupas topik mengenai wanita yang lambat bertemu jodoh sehingga mengundang kemarahan ramai.

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Itulah yang berlaku terhadap pakar motivasi, Datuk Profesor Dr Muhaya Muhamad apabila dia teruk dikecam netizen.

Dalam satu video tular, pakar mata itu mengupas topik mengenai wanita yang lambat bertemu jodoh sehingga mengundang kemarahan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tidak timbul soal riyak jika beli kelengkapan solat cantik dan mahal” - Gemar hadiahkan telekung inspirasi Prof Dr Muhaya hasilkan jenama sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Rindu dari kejauhan, ibu Dr Amalina sifatkan menantu lelaki terbaik buat anaknya – “Dia lemah-lembut, berhati baik”

"Kita wanita menghargai lelaki, kekuatan mereka sebagai ketua, orang laki-laki walau bagaimana dia tetap imam kita. Kalau solat kita pangkat besar macam manapun, kalau kat ofis kita ada seorang pekerja am dan seorang CEO perempuan, bila berimam siapa di depan? Masih yang laki-laki itu.

"So orang perempuan walau macam mana you all, please mesti kita celebrate apa yang Allah beri tentang kempimpinan lelaki. Sebab itulah imam lelaki, nabi-nabi pun lelaki, so we have jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki.

Paparan skrin video tular itu.

"No, nanti you punya sibuk nak buat apa-apa lelaki buat, testosterone meningkat dan bagi siapa belum kahwin lambatlah jodoh.

“Siapa tinggi testosterone asyik nak drive, nak achieve, nak independent, haa memanglah. Orang laki-laki suka perempuan lembut-lembut high estrogen, mengharapkan perlu ditolong biarlah macam bodoh-bodoh sikit, kan boleh lah. Pada siapa yang lambat jodoh tengok karakter anda bagaimana," ujarnya.

Dr Amalina turut mengulas isu itu menerusi Twitter.

Selain netizen, kenyataan itu turut mendapat perhatian doktor Malaysia yang berpangkalan di London, Dr Amalina Che Bakri dan Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman yang juga pakar penyakit berjangkit negara dan Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Orang laki-laki suka perempuan lembut-lembut high estrogen, mengharapkan perlu ditolong.

DATUK PROFESOR DR MUHAYA MUHAMAD

"Ia merupakan kali kedua dalam dua hari yang menyebabkan saya hilang kata-kata.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Mungkin kita kena hantar prof sedikit bahan bacaan mengenai kenapa pemerkasaan wanita dan perempuan adalah kunci kepada transformasi dan pembangunan ekonomi, antara lainnya," ujar Dr Adeeba ringkas dalam satu ciapan di Twitter.

Dr Amalina juga turut senada dan mengakui tidak akan sesekali menjadi 'bodoh-bodoh' sebagaimana disebut yang disebut Dr Muhaya demi mencari jodoh.

Paparan skrin tweet oleh Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman.

"Maaf tapi mak saya tak besarkan saya untuk jadi 'bodoh-bodoh sikit' di depan lelaki untuk saya bertemu jodoh.

"Kamu menghantar mesej salah kepada perempuan dan wanita muda. Wanita tidak patut merendahkan kebijaksanaan mereka untuk menarik lelaki," katanya lagi.

Difahamkan, Dr Muhaya sudah memadam video berkenaan di laman sosial miliknya.

Namun, video itu masih boleh ditonton selepas ia dimuat naik semula oleh netizen ke media sosial dan YouTube.

Untuk rekod, Dr Muhaya memiliki lebih 570, 000 pengikut di Instagram.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain