suria

“Mindset superbike hanya untuk lelaki, salah” - Graduan bidang Kulinari ‘enjoy’ tunggang motor besar, tak hirau pandangan negatif

Syahirah banyak berkongsi video dia bersama motosikalnya menerusi aplikasi TikTok sejak Mei lalu.

SIAPA kata kaum hawa tak sesuai mempunyai hobi permotoran?

Lihat sahaja gadis berusia 22 tahun ini yang tenang meluncur di jalan raya sambil mengemudi superbike Yamaha MT-07 miliknya.

Menurut Nur Syahirah Mohd Faizal, minatnya terhadap hobi lasak itu bermula sejak beberapa tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengusaha spa jiwa kental! Umur 12 tahun dah tunggang motor, tak serik 2 kali kemalangan... kini bangga ada 4 motosikal!

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun suami tak makan pujuk, tiba-tiba jadi sporting habis! Ibu 2 anak terkejut dapat restu tunggang superbike -

"Saya minat kerana ayah merupakan peminat motor. Ayah ada koleksi motor sendiri. Saya pada mulanya belajar motor biasa dan ambil lesen pada usia 18 tahun.

"Kemudian baru saya beranikan diri bawa motor besar. Saya buat video naik motor pun secara suka-suka.

"Video yang dikongsi di TikTok masih baru lagi, saya baru aktif di aplikasi itu sejak bulan Mei," ujarnya kepada mStar.

Dedah Syahirah, dia terkejut ramai kaum hawa di luar sana turut meminati sukan permotoran.

Mesra disapa Syahirah, dia bagaimanapun terkejut dengan penerimaan masyarakat berdasarkan komen-komen yang diterima di media sosial.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Katanya, ramai kaum hawa di luar sana turut meluahkan minat untuk mengikuti jejak langkahnya.

"Saya terkejut sebenarnya, ingatkan tak ramai perempuan yang minat motor. Ada ramai yang mesej saya, mereka mungkin tak tahu nak rujuk siapa kerana biasanya ramai lelaki yang arif mengenai motor.

Ramai cakap motor ni untuk lelaki saja. Tapi mindset ini salah.

SYAHIRAH

"Saya terbuka dan bersedia jawab soalan-soalan bagi mereka yang berminat dan tertanya-tanya mengenai permotoran.

"Nasihat saya kepada kaum hawa di luar sana, kalau minat, beranikan diri untuk buat apa yang kita nak.

"Kalau kita ikut saja cakap orang, sampai bila tak boleh nak realisasikan minat," ujarnya yang menetap di Bandar Sunway, Selangor.

Bapa Syahirah turut memiliki koleksi motor sendiri.

Dalam sokongan yang diterima, Syahirah berkata dia juga tak terlepas menerima komen yang merendah-rendahkan kaum hawa.

"Ramai cakap motor ni untuk lelaki saja. Tapi mindset ini salah, sesiapa pun boleh. Ada juga pandangan yang kata perempuan minat motor ni kasar.

Syahirah kini membantu keluarganya menguruskan empat gerai minuman.

"Ada juga yang persoal, kenapa perempuan nak sibuk benda-benda yang lelaki minat (motor). Tapi bagi saya, abaikan saja komen negatif tu semua," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Syahirah merupakan graduan bidang Kulinari dan kini membantu keluarganya menguruskan empat gerai minuman.

Kata Syahirah, dia juga merancang untuk menjalankan perniagaan berasaskan makanan dan minuman suatu hari nanti.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain