SETIAP individu pastinya menyimpan seribu satu kenangan ketika zaman persekolahan. Bagi Fuza Ruslan, 21, ada satu peristiwa yang berlaku pada tahun 2017 yang mana ia segar di ingatan sehingga hari ini. Mesra disapa Fuza, penuntut bidang Fesyen di Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan itu ada kisah tersendiri mengenai busana jalur gemilang yang digayakan ketika sambutan Hari Merdeka di sekolahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar bidang fesyen kebal berdepan ‘serangan persepsi’... rekaan busana inspirasi penderitaan di Palestin dapat pujian ramai ARTIKEL BERKAITAN: Elok je pakai setiap hari! Isu baju kurung panas di media sosial, pereka Belanda akhirnya mohon maaf "Ia berlaku ketika Hari Merdeka. Setiap tahun akan ada pertunjukan fesyen, setiap kelas kena hantar wakil. Jadi saya sukarela nak sertai. "Saya suka buat benda yang orang tak buat. Saya jahit sendiri baju Jalur Gemilang untuk digayakan dalam pertandingan. "Ketika bersiap di belakang dewan, ada seorang guru wanita datang. Dia kata baju saya tak lawa dan saya akan kalah. Dia rentap layar biru yang saya pakai, tapi saya rentap balik. "Mujur ada guru lain yang rapat dengan saya beri sokongan. Saya buat yang terbaik dan Alhamdulillah menang nombor satu dalam pertunjukan itu," imbasnya. Fuza kini merupakan pelajar bidang Fesyen. Malah, rakaman video pada tahun 2017 memaparkan Fuza 'catwalk' di dalam dewan sekolahnya turut dikongsi di TikTok baru-baru ini sehingga tular. Jenis saya, saya nak buat sesuatu yang orang ingat sampai bila-bila. FUZA Fuza bagaimanapun berkata dia tak berkecil hati dengan tindakan guru wanita itu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Malah katanya, dia sendiri merupakan pelajar yang aktif dan cukup rapat dengan guru-guru yang lain. "Saya jenis gila-gila dan mudah mesra dengan semua orang. Saya tahu dia kurang berkenan dengan saya. "Saya tak kisah sebab ramai lagi yang lain berikan sokongan. Saya pelajar yang rapat dengan guru-guru," ujarnya yang berasal dari Pahang. Fuza yang kini mengikuti latihan industri di Centrestage Vision Dynamics di ibu negara berkata dia sekadar berkongsi video itu untuk mengimbas kenangan lama. Perkongsian video Fuza di TikTok raih ratusan ribu tontonan. "Saya sekarang tengah intern dan ada kena siapkan projek tahun akhir. Saya kena siapkan tiga set baju. "Jadi saya buka balik hasil-hasil lama untuk cari inspirasi. Kemudian ternampak gambar dan videe baju Jalur Gemilang tu. "Saya kongsi di TikTok untuk disimpan sebagai kenangan. Saya memang minat nak jadi pereka fesyen sejak kecil. Kalau boleh saya nak jadi cikgu fesyen. "Jenis saya, saya nak buat sesuatu yang orang ingat sampai bila-bila. InsyaAllah, selain jadi cikgu, saya nak ada jenama fesyen sendiri," ujar anak bongsu daripada empat beradik itu. Untuk rekod, video yang dikongsi Fuza sehingga kini meraih hampir 400,000 tontonan di TikTok. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!